Followers

Friday, August 5, 2011

Benda mati

"Hey gila! Kenapa kau pakai plastik bodoh itu?"

Malam datang lagi seolah kejam meninggalkan dia sendirian. Terasa panjang. Malam ini lelaki itu tidur bertemankan bekas baju kekasihnya yang tidak dibasuh bermingu-minggu.

Dulu, lelaki itu merupakan pencemburu kepada benda-benda mati, apalagi yang bernyawa. Indahnya menjadi bantal buat kepala Zulaikha melabuh menemui mimpi. Nyamannya menjadi bantal peluk bagi seorang bekas Zulaikha.

Apa lagi? Tuala, baju, selimut, jam tangan, malah kasut - semua benda-benda tidak bernyawa. Jika diberi peluang, selain menjadi manusia, ingin saja dia memilih untuk menjadi 'benda mati' untuk Zulaikha.

Petang itu hujan turun dengan lebat sehingga tangannya dengan sendiri memegang dada merasai kepala Zulaikha. Sesekali petir memanah membuat dia merasa berdebar dan kejadian di Jalan Robinson masih segar.

Semalam lelaki itu bermimpi menemui Zulaikha. Dalam hening subuh, mereka duduk makan di meja tepi persisir pantai olahan lelaki itu. Berserta belon-belon berwarna-warni.

Ulang tahun Zulaikha setiap 7 Julai saban tahun tidak pernah disambut dengan hadiah mewah. Kerana bagi lelaki itu, yang digariskan untuk perhubungannya adalah kasih sayang yang tak terperi. Mempersembahkan jiwa raga hanya untuk seorang Zulaikha.

"Hey gila! Kenapa kau pakai plastik bodoh itu?"

Disentakkan oleh penghuni disitu sambil tidak dipedulikan olehnya. Baginya, ingatan dia kepada kepada Zulaikha lebih dalam dari kata picisan yang tidak ada makna.

"Abang, kalau Zue dah takda lagi nanti abang jangan tutup pintu hati abang pada orang lain ya?"

"Zue pergi, abang akan patah.."

Itu adalah dialog sehari sebelum mereka jalan menyelusuri Jalan Robinson. Dan bagaimana untuk dia, si lelaki yang gilakan Zulaikha harus menerima gila tiba-tiba ini?

Tujuh hari , tujuh malam lelaki itu memeluk pusara Zulaikha sehingga dipaksa oleh keluarga Zulaikha supaya jangan bersedih lagi. Hingga diseret-seret lelaki itu pergi. Hingga disatu masa, dikuncikan dirinya sendiri dikamar untuk meratapi hari-harinya yang pilu. Dia masih tidak biasa. Sesungguhnya.

Dan untuk kebaikan lelaki itu, dia ditempatkan di pusat pemulihan jiwa. Walau dia sebenarnya tidak gila hanya terlalu meratapi pemergian Zulaikha, kekasihnya yang sangat jelita.


4:05 pagi,
5 Ogos 2011.

NOTA: Ini susulan cerita dari Plastik Jingga, Surat Ke Syurga, Benda Mati, Coretan Di Helaian Kertas Putih, Jelita Isteriku, Terbangkan Angin Jelita, Zuriat Pertama dan yang terbaru: Lembar putih buat isteriku, Jelita

5 comments:

  1. "Zue pergi, abang akan patah.."

    janjinya sampai bila2. dan selagi itu he is stii the man w/o sanity bcoz he is broken.

    ReplyDelete
  2. Kan? Kerna perasaan tak terbalas lelaki itu sanggup untuk menjadi benda mati.

    ReplyDelete
  3. hebatnya pencinta zulaikha itu....

    ReplyDelete
  4. yayang@yatie:- harus baca artikel PLASTIK JINGGA, kemudian SURAT KE SYURGA dan BENDA MATI seterusnya.

    ReplyDelete