'Dikoyakkan kertas pada catatan buku itu. Lalu dilipatkan kertas itu dan diletakkan dibawah bantalnya sebelum dia menemui mimpi...'
Tertulis lagi ceritanya. Dibalik dinding tidak bersuara. Yang ada hanya coretan nama-nama Zulaikha yang saban hari menjadi peneman setia.
Lelaki itu sudah kehabisan kesedihan hingga diraut wajahnya hanya tinggal cebisan-cebisan usang.
Dicoretakan didalam kamar dengan helaian kertas putih;
Kau telah pergi dulu, dan meninggalkan benda mati. Kalau kau lihat pelusuk dada aku, reput ini meninggalkan nama kau. Aku terlalu merindui kau.
Saban hari fikiran aku terbang melewati hari bersama kau dengan plastik jingga hujan yang tidak pernah tertinggal. Hebatnya cerita ini. Sebenarnya.
Zulaikha, hiduplah kau kembali. Temani hari aku. Aku masih rapuh tanpa kau bersama ke jambatan usang ini.
Hari-hari aku diejek oleh orang-orang sekeliling. Menyatakan aku gila hanya kerana seorang kau. Aku tak pernah peduli itu. Tapi apabila saban hari aku ditekan sebegini teruk, aku fikir, aku mahu ikut kau kesana.
Aku tahu, dunia ini dugaannya tidak pernah tahu mati. Sewaktu kau ada disisi aku, kau selalu mempertahankan aku walau baik buruk aku harus berdepan dengan situasi dewasa yang terlalu baru buat aku.
Zulaikha, hebat kisah kau hingga kesaat ini aku masih lagi berat untuk jalani hari tanpa kau. Di liang lahat sewaktu aku melihat kau diturunkan aku teringatkan kata-kata ini;
"Lelakiku, kalau aku sudah tidak ada lagi, Jangan kau tutup pintu hati kau untuk wanita yang selayaknya.."
Dan ya, sejurus wakil yang menguruskan jenazah kau pergi, aku memeluk pusara kau tanpa aku mempeduli siapa pun disana. Hujan yang jatuh membasahi tanah ini seolah menyampaikan hati aku yang basah tanpa hadir kau lagi.
Zulaikha, aku terlalu rindukan kau. Datanglah selalu menemui aku disini. Hadirlah dalam mimpi-mimpi malam aku. Sesungguhnya hanya kau mengerti setiapnya, dan akan menyokong aku dalam apa pun situasinya.
Dikoyakkan kertas pada catatan buku itu. Lalu dilipatkan kertas itu dan diletakkan dibawah bantalnya sebelum dia menemui mimpi.
Pada setiapnya yang terjadi, dia selalu memohon kepada agar Tuhan menemukannya dengan Zulaikha. Sampai bila lagi dia harus tinggal dipusat pemulihan ini juga dia belum tahu. Umpama tahanan yang tidak bertarikh bila tamatnya.
Sesungguhnya dia rindukan kehidupan dulu. Kehidupan normal menemui orang-orang sekeliling dengan ditanyakan khabar.
Malam ini seolah coretan kertas ini menyahut untuk diserapkan kedalam mimpinya dengan suara ini;
"Duhai arjuna jiwa ragaku,
aku meratapi kesedihan yang maha disini. Dengan keadaan kau yang patah, aku menyelusuri hari disini dengan hiba.
Arjuna jiwa ragaku,
Dikirimkan seseorang buat kau mengantikan tempat aku nanti. Jangan kau terus meratapi permergian aku. Aku sudah menjadi sepenuhnya milik alam lain.
Duhai arjuna jiwa ragaku,
Di serapkan hati seorang wanita yang mirip aku untuk kau. Ambil dia, jadikan dia permaisuri hidup kau. Supaya kau bangkit dalam menyelusuri hari-hari kau. Dan aku disini, akan selalu mengawasimu biar pun dari syurga.."
1:42 pagi,
15 Ogos 2011.
NOTA: Ini susulan cerita dari Plastik Jingga, Surat Ke Syurga, Benda Mati, Coretan Di Helaian Kertas Putih, Jelita Isteriku, Terbangkan Angin Jelita, Zuriat Pertama dan yang terbaru: Lembar putih buat isteriku, Jelita
Tak pernah terbayangkan - iwan fals
ReplyDeleteKau hangatkan genggaman tanganku
Dan berkata akulah milikmu
Dan tak mau aku menjalani
Dunia ini tanpamu
Lirik itu sampai, hingga ke tulang.
ReplyDeletelirik lagu bcl aku tak mahu sendiri
ReplyDeleteSejak ia pergi,
dari hidupku,
ku merasa sepi
Dia tinggalkan ku sendiri di sini,
tanpa satupun yang pasti
Aku tak tahu harus bagaimana,
aku merasa tiada berkawan,
selain ddirimu,
selain cintamu
Jika ingin meninggalkan ruang lagu, untuk kisah Zulaikha ini saya lebih memilih lagu; Kasih Tak Sampai dendangan Padi. Kerna Lagu itu merupakan lagu yang cocok buat percintaan mereka.
ReplyDeletehey lelaki plastik jingga, jgn sedih lg boleh tak? tak suka lah!!!!!
ReplyDeleteKegelisahan akan mereputkan jiwa sendiri.
Yani:- kasihan dia. Dipusat pemulihan jiwa dibilang gila, diruang maya ditinggalkan kata; tidak suka.
ReplyDeleteHarus dimanakah tempat selayaknya dia? Hahahahah
setiap kali aku baca nukilan kau, aku ilusikan dalam kepala ni, sobs sobs, sedihnya. kalau aku rasa marah, cepat2 aku buka blog kau dan baca, supaya mood aku cepat2 jadi tenang.
ReplyDeleteencik kiki, letak la like button, mudah untuk di like banyak2. dan di share. :)
frahynx rose:- kau sedih ya? Blog aku secara keseluruhannya tidak terus bermain emosi sedih, cuma untuk kisah zulaikha ini aku keluarkan beberapa elemenm
ReplyDeleteOh tentang button like, nanti aku usaha untuk letak. Pernah dulu aku cuba cari bagaimana untuk aku letakkan button itu, tapi aku tak tahu. Kelakar tak? Hahaha.
yani tak suka laki plastik jingga tu sedih je, kalau die move on dan have a happy life mesti Zulaikha lagi tenang kan?
ReplyDeletetempat selayaknya? kat dunia ni tempat semua org, jadi jangan sia-siakan peluang yang ada untuk bahagia.
lelaki tu mesti ada keluarga, bahagiakan lah keluarga dia.
nukilan yang tersentuh jiwa , ada sedikit kesedihan, mungkin sebab lelaki itu.
ReplyDeleteBTW, nice.. i like :)
Yani:- yani, tak omey marah2. Hahahah
ReplyDeleteNana:- thanks nana. Tulisan ini harus dimulai dengan tulisan Plastik Jingga, Surat Ke Syurga, Benda Mati, dah yang terbaru ini; Coretan Di Helaian Kertas Putih.
ReplyDeleteSelamat membaca!
tapi aku suka kau buat cerita macam ni, sedih pun sedihlah. sobs sobs. aku copy cerita kau and save dalam word. boleh kan? (dah copy pun) hehe.
ReplyDeleteokay, cepat2 buat supaya senang di like oleh semua pecinta blog kau oh kiki lala :)hihi, aku pernah buat lepas tu dah hilang sebab tukar layout. hahaha.
frahynx rose:- ambil saja setiapnya. :)
ReplyDeleteNanti aku lapang, aku buat ok? Aku suka blog kau! Rajin2 update selalu ya ?
frahynx rose:- tq! sudah!
ReplyDelete