Followers

Wednesday, August 3, 2011

Plastik Jingga

'Dicemuh keji orang-orang sekeliling katanya; macam kau sorang je ada kekasih? dan aku mahu lihat, sampai bila ? '


Dijalan Robinson lelaki itu berdiri. Si kekasihnya cantik jelita, melewati tangga batu perlahan-lahan. Diikatkan plastik berwarna jingga dikepala kekasihnya dan langit ketika itu ingin menangis tersedu-sedu.

Petang yang gerimis lelaki itu menyelurusi satu persatu ruang kedai. Dan ya, sambil melewati garisan jalan lampu hijau, mereka melintasi jalan harungi gemiris tak diundang.

Tak diizinkan satu titis hujan jatuh dikepala kekasihnya yang jelita. Kerna baginya, apalah makna hidup jika setiap saat itu dikhabarkan oleh kekasihnya tentang denyutan air hujan gerimis yang sakit. Umpama dihiris-hiris pisau tumpul rasanya sambil hati gemuruh untuk ungkapan; wahai hati tenang.

Terima kasih ucap manis kekasihnya si jelita sebagai tanda; lelaki yang menjaganya terlalu maha dan ini penghargaan hidup terhebat. Bagi mereka, mereka ditemukan untuk mati bersama.

Dicemuh keji orang-orang sekeliling katanya; macam kau sorang je ada kekasih? dan aku mahu lihat, sampai bila ?

Bagi lelaki itu, ia hanya kata picisan yang gila. Tidak ada satu patah kata tertusuk dalam hatinya. Kerna baginya, kekasihnya yang jelita itu sehingga hari ini masih ada harung dunia bersama.

Tersentak lamunan terhenti lelaki itu lewat subuh. Dia tidak tahu kenapa tempat ini tempat yang harus dia tinggal. Pemulihan.

"Encik, sudah waktu makan ubat.." Kata si penjaga penghuni sakit jiwa.

Sambil menutupi kepala dengan plastik berwarna jingga, lelaki itu menangis tersedu-sedu sambil meminta dikembalikan nyawa kekasihnya yang telah pergi dilanggar lari dijalan Robinson.

Sejak kejadian tragis yang menimpa lelaki itu, lelaki itu ditempat di pusat pemulihan jiwa. Dan sehingga hari ini tidak menanggalkan plastik berwarna jingga dikepalanya bagi merasakan kekasihnya yang jelita itu selalu ada.


6:51 pagi,
3 Ogos 2011.

17 comments:

  1. kasih nya tak terhingga. shgga plastik d kepala masih ada utk merasa kehadiran si dia.

    ReplyDelete
  2. Hey paat ! Trima kasih! Jumpa juga kau disini. Apa khabar kau? Sejak makan mcd seremban, kau hilang mana?

    ReplyDelete
  3. sedih sbb laki tu kematian gf die..

    ReplyDelete
  4. Yani, lelaki itu ada menulis surat untuk kekasihnya yang kini di syurga.

    ReplyDelete
  5. huwaaaaa..........sedih! xpelah nt mereka jumpe di syurga,insyaAllah :)

    ReplyDelete
  6. InsyaAllah. Bagi lelaki itu; syurga tempat perhentian terakhir dalam derita rindu sehari-hari.

    Dan sakit gilanya didunia tak semestinya punyai sambungan dialam sana.

    ReplyDelete
  7. hahah!aku hilang mencarik ke indahan dunia yg luas..ahaha!!
    ade jerk....
    kt kl jer pon.. :)

    ReplyDelete
  8. Nice oneeeeee! :')

    *aiseh, rase nk nngis je*

    ReplyDelete
  9. Nurnajwa , kesinambungan cerita ini; surat ke syurga.

    ReplyDelete
  10. Paat, tu lah. Lama aku tak dgr khabar kau. Nanti lepak sekali ajak fazrie dan dila.

    ReplyDelete
  11. izwanie azieda :- rindu tak terungkapkan

    ReplyDelete