Taman Syurga Indah,
00000 langit ketujuh,
Syurga.
No 30, Jln Permata,
Sri Perdana 10/1A,
47830 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Kehadapan si kekasih jelita,
Jika ikut mahu aku, setitik air pun tidak aku benarkan jatuh pada kau. Aku persembahkan tingkah ini untuk kau tahu bahwa aku sedang mendampingi bidadari dari syurga.
Betapa besarnya aku pamerkan penghargaan ini tanpa pernah aku lakukan pada sesiapa yang terdahulu. Semua terjadi apabila kau hadir menjelmakan diri 7 tahun lalu. Disaat aku ranap dahulu ditinggal sang pengkhianat cinta.
Dengan secebis cinta kau yang sudi untuk aku jadikan bidadari terindah, aku persembahkan kau layar cerita ini. Kekasih paling cantik didunia dan aku sangat bangga miliki kau.
Kekasih yang jelita,Aku disini bersama orang-orang yang selalu bercakap sendiri walhal tiada orang pun yang memberi tindak balas. Terkadang, orang-orang itu ketawa tanpa ada bahan apa.
Aku tidak tahu kenapa aku disini. Memakai pakaian hijau tertutup hingga ke pergelangan tangan dan juga seluar panjang yang tertutup hingga hujung kaki.
Pakaian aku dengan orang-orang disini hampir sama. Cuma dibezakan oleh orang-orang yang selalu menghulur makan, memberi ubat dan si polan yang selalu berceramah tentang motivasi pemulihan jiwa yang entah apa-apa. Aku bosan dengar celoteh gila. Mereka gila! Mereka yang sebenarnya gila!
Aku dipisahkan diruangan bilik yang berbeda. Dan yang pasti, dinding bilik ini terukir nama penuh kau yang selalu kita ukir ditepi pantai satu ketika; Zulaikha Sharif. Tidak ada sedikit pun ruang kosong dinding ini. Semuanya tercoret nama kau.
Si kekasih jelita,
Aku rindukan kau. Saban hari aku jumpa kau dialam mimpi. Kita sama-sama menari dan menyanyi berdua seperti dunia ini diwujudkan hanya untuk aku dan kau. Sesungguhnya aku terlalu rindukan kau.
Si kekasih jelita,
Tahukah kau, aku satu-satunya lelaki disini yang memakai penyepit rambut kau walau kepala aku ditutupi dengan plastik berwarna jingga ini?
Juga lelaki yang memakai lipstik merah kegemaran kau tanpa hari terkecuali. Aku sanggup dimarahi berkali-kali kerana mencuri lipstik si penceramah motivasi disini. Dan ya, aku selalu merasakan kau sangat dekat.
Si kekasih jelita,
Warkah ini aku simpulkan untuk aku berikan noktah awal walau sebenarnya terlalu banyak perkara pelik yang mahu aku khabarkan. Percayalah, aku tidak pernah akan jemu mengirimkan khabar buat kau walau kita berada dialam yang beda. Aku merasai angin kau yang selalu ada mengawasi aku.
Cuma aku tidak suka berada disini kerana aku dipaksa untuk melupakan kau. Dipaksa untuk tidak memakai penyepit rambut seperti setiap pagi permulaan hari kau, memakai lipstik diawal permulaan untuk kau ke kantor dan juga plastik jingga yang seolah diharamkan memakainya disini.
Disini, aku tidak perlu siapa-siapa selain kau. Kerna aku tahu, kau adalah bidadari yang selalu membahagiakan aku walau kini kau berada di syurga.
Si kekasih jelita,
Tunggu aku dipintu itu. Sambut aku dengan senyum manis itu, aku rindu.
GRINDA WAN SHAH.
3:48 pagi,
4 Ogos 2011.
NOTA: Ini susulan cerita dari Plastik Jingga, Surat Ke Syurga, Benda Mati, Coretan Di Helaian Kertas Putih, Jelita Isteriku, Terbangkan Angin Jelita, Zuriat Pertama dan yang terbaru: Lembar putih buat isteriku, Jelita
waras di alam nya sendiri
ReplyDelete*senyum* ya, waras!
ReplyDelete*tibe2* teringin nak dapat surat cinta jugak...
ReplyDeletejom tukar alamat.. hehehe
ReplyDeleteYani, seperti surat ke syurga?
ReplyDeleteTukar alamat niena? Haha. Lol
ReplyDeletesbb yani kata nk surat tu jg. saya pun nak. so, tukar alamat la ^^
ReplyDeleteTukar alamat pada lelaki yang orang-orang sekeliling kata gila?
ReplyDeletekalu xnak fikir benda lain bole jugak.. hehe
ReplyDeletesedih,mahu saja diriku mengalirkan air mata...
ReplyDeleteWan, kenapa comment kau sebijik mcm comment seha? . Ini sebenarnya siapa? Redwan atau seha? Lol
ReplyDeleteHabis nak fikir apa niena? Hahahahah
ReplyDeleteu may change ur address to the guy yg org2 sekeliling kata gila.. if u choose not to think bout others. means nobatkn diri sendiri krg waras jugak la :p
ReplyDeleteLol. Niena ni lucu! Hahaha
ReplyDeletebut i'd rather change my address to the girl's address bcoz sts dpt surat dr lelaki yg love her unconditionally. wpun ppl call him insane. schwitt angat.
ReplyDeletePeople judge selalunya. Sehari-hari. Dulu masa baru bercinta dgn zulaikha lagi lah. Tanpa restu keluarga. Hahahaha
ReplyDeletei can sense more is coming. *menanti*
ReplyDeletesantai dan bersahaja...
ReplyDeleteNiena:- jgn menanti. Selalaunya menanti dgn penuh harap; tiada.
ReplyDeleteSaiful:- tenang saja sudah.
ReplyDeleteindah.
ReplyDeletefrahynx rose:- trima kasih, datang lagi!
ReplyDeletelepas baca terus kata "missing someone will make u insane."
ReplyDelete