Followers

Thursday, November 10, 2011

Bahtera seorang lelaki

Berikan dia papan dan peralatan, dia mampu untuk bina sebuah kapal. Seorang diri, tanpa seorang pun bantu untuk mengetuk disetiap cantuman papan, disetiap bancuhan simen, di gagah kebal disitu.

Tak pernah dia sedar terbit matahari, tak pernah dia peduli malam ini gelap, dia akan tetap disitu menyiapkan bahtera hingga siap dikibarkan bendera, untuk belayar memimpin keluarganya.

Takkan dikeluhkan lelah kepada isterinya, takkan dimengadukan penat pada setiap peluhnya. Kerna baginya hidup ini adalah perjuangan untuk sesuap nasi dan perkongsian keluarganya.

Tidak pernah dikatanya tidak ada, tidak pernah dia mungkir janji untuk setiap apa yang diminta oleh anaknya, kerna dia tahu, setiap kanak-kanak harus hanya tahu riang. Bukan menduka melihat kawannya ada, anak dia tidak ada.

Wahai wanita dengar sini,

Bisik hati lelaki yang tidak pernah minta dijelaskan bahwa orang yang dia perlu dan mahu adalah isterinya. Si pemegang kompas untuk ketua keluarga, si penguat tulang rusuk bagi seorang lelaki, faham kan dia. Dia mahu, dia mahu isterinya.

Bukan niat untuk setiap kata ditinggikan tone suaranya, selain tempias dunia yang tiba-tiba. Kerna fahamkan tugas dia, bukan memimpin hanya satu tugas, tapi juga pimpin untuk saf keluarganya.

Jadi seorang suami untuk seorang isteri bukan semudah jadi seorang teman lelaki kepada teman perempuan. Terlalu banyak dikisahkan setiap jalan isteri kerna bagi seorang suami, helaian rambut isteri adalah dosa yang harus ditanggungnya untuk disetiap tingkah umum , jalannya, ucapannya.

Tak tertanggung dia jika terbit pula anak yang lahir dari percantuman darah dagingnya. Dibesarkan dengan didik, hingga besar nanti kita hanya mampu berserah untuk apa-apa. Lelaki, suami. Tak lari dari menanggung apa saja.

Wahai wanita ambil perhatian,

Dalam arus dan setiap langkahnya, tolong untuk ditanyakan ; abang , bagaimana hari ini ? Atau; abang sudah makan? Kerna bagi setiap lelaki kata ini sangat ada harga walau ungkapan ini semudah hanya diucap dengan kata biasa.

Laki-laki, kalau setiapnya diberi perhatian oleh perempuan, sekejam mana pun sifatnya, yang hanya mampu dilembutkan hatinya adalah-- hawa. Percaya ini, sungguh !

Jangan dibiarkan dia tanpa soalan, jangan dibiarkan dia jalan sendirian. Kerna dunia zaman gila ini, lelaki juga mampu gila dengan sifat yang dulu tak sempurna muda.

Kalau diberi pilih untuk dia dibising hari-hari, jangan pernah salahkan dia untuk dia terbang untuk cari TENANG. Jangan disesalkan; abang kenapa? Kerna untuk dia cari TENANG, menangis air mata darah pun kalau hati dia terbahagi dua, buatlah apa pun-- tak jadi apa.

Sakit kalau bercinta tapi hati berpihak pada yang lain. Sakit bila pasangan kita, orang lain pula yang berjaya curi perhatian dia. Sudah diberi angin cinta baru sekali, mahu berkali-kali. Lebih sakit, lelaki pilih untuk kahwin dua.

Si wanita setiakan ada,

Bahtera besar terbina dengan kudrat seorang lelaki dia tak pernah minta untuk balas setiap pengorbanan dan tenaganya selain dia hanya mahu untuk setia dengan bahtera ini. Walau sekali. Kerna jika ditinggalkan dia, arah hilang dan mungkin dia boleh jadi orang yang sangat tiba-tiba.

Orang tepi duduk bawah jambatan sambil terbang khayal nikmat itu, kalau dia normal cuba tanya kenapa dia jadi begitu? Dan siapa, orang yang selayaknya untuk tarik dia dari dunia jahanam selain dari perempuan yang ada magic untuk dia kata; aku mahu perubah. Kawan-kawan lain? Dinasihatkan apa, takkan pernah dia dengar.

Dan bagaimana nasibnya jika ditinggalkan dia dengan saja-saja tanpa perhatian , jumpa kawan lama kembali ke jalan lama?

Tulang perempuan seorang isteri, ajaibnya ada kuasa ini. Untuk dilembutkan setiap yang keras, untuk direndahkan ego lelaki yang sangat tinggi, untuk dikembalikan dunia lelaki yang dulunya ke lembah paling kotor, dia dibersihkan oleh seorang isteri, atas nama wanita.

Seorang lelaki yang tak pernah mencuba sempurnakan muda. Maka lahirkan laki laki yang tertinggal tak kira usia, hanya dengan perginya pemegang kompas yang sepatutnya ada. Tapi tak ada.

Jangan disalahkan dia , kenapa.

10:47 malam,
10 November 2011.


KLIK : SINI

2 comments:

  1. Naneee!!!!! :) trima kasih. ;') aku juga lagi sedih selepas kita chat tadi. ;'(

    ReplyDelete