Followers

Monday, December 19, 2011

Jelita isteriku

Melihat isteriku Jelita di tepi katil sambil aku selimutkan tubuh dia agar angin kipas ini tidak terasa sejuk olehnya. Jam masuk tepat 4 pagi.

Kini Jelita berbadan dua, membawa Anggun kesana sini hampir 6 bulan. Ya Tuhan, Anugerah Tuhan paling mahal pernah aku peroleh seumur hidup aku adalah dengan kehadiran Jelita selepas Zulaikha.

Begitu tragis hidup selepas pemergian Zulaikha di jalan Robinson 10 tahun lalu. Dan dengan pemergian Zulaikha, separuh jiwa aku hilang. 3 tahun aku cuba pulih dalam pusat pemulihan jiwa. Hingga disatu petang, diberdirikan Jelita depan mata aku. Si penjual Nasi Lemak!

Tidak pernah aku minta kasih Jelita untuk bersama apalagi memperisterikan Jelita. Tapi entah aku tidak tahu, kenapa Jelita punyai tarikan aura yang sangat dalam hingga membawa aku ke warung dia tiap pagi.

Jalan Tuhan cantik. Jalan yang ada istimewa. Selepas aku minta setiapnya untuk digantikan Zulaikha, Tuhan beri Jelita. Seorang isteri yang sangat baik hati, dan seorang wanita paling lembut pernah aku jumpa.

"abang.. kalau Jelita tak boleh lahirkan Anggun, Abang marah Jelita? kalau Jelita lahirkan Anggun tanpa ibu, Abang boleh janji untuk rela?"

Dialoq yang Jelita ucapkan tempoh hari buat malam-malam aku gagal beri tumpuan kepada setiap penulisan-penulisan aku. Tempang, dan banyak buat aku menggelamun.

"Tuhan beri, Abang ambil. Kalau Anggun lahir tanpa ibu, abang janji untuk jaga Anggun sampai mati.. sungguhpun Jelita tak dapat lahirkan Anggun, dimata Jelita sisip Anggun.. kita boleh cuba lagi.."

Dialoq akhir sambil pelan-pelan aku belai rambut Jelita hingga membawa dia ke bahtera mimpi. Malam ini aku mahu katakan lagi: Jelita isteri yang sangat aku cinta. Jujur, sampai aku mati.

Bertahun aku cuba untuk yakinkan diri supaya bangun. Setiap waktu aku kirim doa; 'Tuhan aku mahu isteri' hinggalah membawa ke saat ini, tentang rasa indah tak terperi. Cuma, entah kenapa dialoq dari Jelita itu buat aku sungguh terganggu.

Penat aku tolak emosi negatif. Penat aku cuba kata; Pergi jauh-jauh bisik hati syaitan. Kerna aku manusia biasa, bukan nabi yang sabarnya terlalu maha. Imannya kuat.

Aku seolah diberi nafas baru oleh Tuhan dan masih belum bersedia untuk kehilangan lagi. Orang yang aku sayang. Kerna bangun saat terjatuh tanpa ada orang hulur tangan itu sakit. Dulu, pemergian Zulaikha aku dibantu dengan dihantarnya aku ke pusat pemulihan jiwa. Kalau tidak, aku tak tahu apa nasib yang bakal aku lalui.

Melalui perjalanan gila? Penat aku kata pada orang-orang dipusat pemulihan bahwa aku bukan seorang yang gila. Cuma aku mahu bersama Zulaikha! dan mereka, seolah tidak mahu mengerti jerit jiwa aku meronta. Mereka kata; Apa rasionalnya meminta orang yang telah mati?

Aku ludah kata-kata itu jauh-jauh. Zulaikha tidak pernah mati dalam jiwa aku. Dan Jelita mengerti dan faham. Setiap hari aku, Jelita tidak pernah mempersoal tentang itu dan ini kerna dia tahu, aku terlalu menyanyai zulaikha dan kehadiran Jelita juga, hampir sama wujudnya kasih dan sayang aku pada Jelita.

"Jelita tahu, Abang terlalu sayang dengan Zulaikha.. dan dengan itu buat Jelita rasa begitu beruntung.. kerna, seperti yang abang selalu lafaz, Cinta sampai mati.. begitu juga Jelita kan abang?"



5:19 pagi,
19 December 2011.

9 comments:

  1. mulia sungguh jelita, seorang isteri yg rela kasihnya dikongsi
    Jelita tahu, Abang terlalu sayang dengan Zulaikha.. dan dengan itu buat Jelita rasa begitu beruntung.. kerna, seperti yang abang selalu lafaz, Cinta sampai mati.. begitu juga Jelita kan abang?"
    ungkapan ini buat sy terharu, sungguh,

    ReplyDelete
  2. eh BSA, sy hmpir trlupa. sy ada komen di entry filem pendek plastik jingga tp xde respon. begini, sy penulis skrip freelnace, masih juga baru dlm bdg ini. sy tertarik dengan semua cerita kesinambngan surat dari syrga hinggalah ke jelita ini. sy nak ajak kamu bergabung dgn sy , kita sama2 buat skrip untuk dijadikan drama. kisah plastik jingga, mungkin. mahu? inbox sy di fb ya. thanksss.

    ReplyDelete
  3. salam ayen,

    maaf saya terlepas pandang dengan komen terdahulu.saya tak perasaan. tapi bila saya semak,ya! komen di entri Plastik Jingga.

    saya terharu dengan kesediaan kamu dalam menulis untuk penulisan skrip.saya juga tertarik. Tentang cerita Plastik Jingga, saya menerima respon baik dan telah menerima beberapa orang yang bersedia dalam pembikinan skrip termasuk kamu.

    saya semak skrip yang mereka beri buat saya rasa, perlu ada penambah baikan, saya juga berikan beberapa pandangan dan penambahan.

    untuk kesedian kamu,saya sambut baik. Cuma saya ingin melihat skrip dari kamu mengenai Plastik Jingga dari pandangan kamu sendiri.Siapkan satu skrip penuh untuk cerita itu dan beri kepada saya.

    InsyaAllah,selepas baca lihat dan semak skrip itu, ada beberapa unsur mungkin kita boleh tambah untuk satu karya yang mantap!

    sediakan skrip PLASTIK JINGGA! siap, beri kepada saya okay?

    ReplyDelete
  4. wassalam BSA,

    saya juga terharu dengan kesediaan kamu memberi izin kepada saya menghasilkan skrip plastik jingga.

    Ya, sudah tentu saya akan siapkan satu skrip penuh untuk kamu baca.terima kasih sekali lagi.
    saya bersemangat untuk merealisasikan watak-watak ini ke naskhah layar kerana bagi saya penceritaan cerita kamu sungguh luar biasa. Sayang rasanya jika tidak di dramakan dalam bentuk visual.

    Sudah tentu saya akan hasilkan skrip ini dengan bagus sekali seperti mana kamu hasilkan ceritanya. InsyaAllah, saya cuba untuk puaskan hati kamu.

    Terima kasih lagi sekali.

    Btw, follow lah sy di blog, ada sedikit penghargaan untuk kamu :)

    ReplyDelete
  5. salam BSA, maaf saya terlupa. mahu tak agaknya saya persembahkan cerita plastik jingga ini ke produser dan stesen tv?kebetulan jumaat ini saya ada meeting bersama mereka.

    kalau kamu berminat, kamu boleh tulis sinopsis penuh dan hantar kepada saya. saya akan hantar atas nama dan idea asal kamu.

    selepas mereka semak dan baca, jika mereka bersetuju dan berminat baru mereka suruh menghasilkan skrip.

    Pada waktu itu, kamu boleh suruh sesiapa sahaja menghasilkan skrip ini, ataupun kamu sndiri mahu mencuba, atau kita bergabung karya? saya mahu menolong BSA mengetenghkan cerita ini.pasti mnarik.

    kalau berminat. inbox sy di fb. dan beri no kamu untuk sy hubungi. :)

    ReplyDelete
  6. Masa suntuk utk buat sinopsis , dan saya tak mahu menulis dengan keadaan terburu. Kerna besok pagi2 saya jumpa teman dari Jakarta.

    Kamu ambil entri Plastik Jingga, Surat Ke Syurga, Benda mati, Coretan dihelaian kertas putih, Jelita isteriku dan print out , kamu buat sinopsis, beri pada mereka. Sekali dengan entri2 saya itu.

    ReplyDelete
  7. ouh tidak mengapa, kalau kamu sudah memberi izin, alhamdulillah sy akan laksanakan.

    BSA, Terima kasih yaa :)

    ReplyDelete