Followers

Thursday, January 26, 2012

Terbangkan angin jelita




[Jelita kini dikampung bersama keluarganya untuk persiapan saat-saat terakhir kelahiran Anggun. Dan si suami menanti setiap khabar melalui sms dan panggilan talifon di Kuala Lumpur. Tulisan untuk Jelita ini dikirim terus ke blog BSA dimana blog BSA telah menjadi surat khabar buat Jelita tiap pagi]



Jelita,


Terlalu lama kau disana. Dengan dibawanya 2 hati. Si puteri sulung kita; Anggun.


Jelita,


Terlalu banyak yang aku ingin kongsikan. Dan sepertinya malam ini sepinya mendesak.


Bagaimana lagi untuk aku ambil dan tenung gambar perkahwinan kita, semuanya sudah menjadi rutin dan bingkisan yang tak pernah jemu. Tiap detik.


Jelita,


Aku rindu secangkir kopi sang isteri yang sepertinya umpama ubat malam untuk aku kisahkan cerita aku pada mereka, tiap hari. Apalagi kasih dan sayang yang setiapnya kau mengerti mahu aku, perlu aku, dahaga aku.


Jelita,


Jujur aku tunggu Anggun. Saban hari aku pangkah calender ini untuk aku hitung tangisan pertama seorang bayi perempuan zuriat kita. Hadiah dari Tuhan buat aku: seorang pengembara cinta tegar satu masa dulu, hingga aku dipertemukan oleh kau.


Jelita,


Terima kasih untuk setiap lafaz yang saban waktu kau tidak pernah lupa;


"Abang, maafkan dosa jelita hari ini.."


Disetiap kali kau mahu berperang dengan mimpi malam. Tak pernah tertinggal sekalipun untuk kau lafaz itu. Tiap malam.


Jelita isteriku,


Aku mohon Tuhan agar terbangkan sedikit jiwamu kesetiap helaian baju kau yang aku sarung ini. Semoga diserapkan rasa cinta seorang isteri walau aku disini, dan kau disitu.


Aku mohon.



1:55 pagi,

26 Januari 2011.


NOTA: Ini susulan cerita dari Plastik Jingga, Surat Ke Syurga, Benda Mati, Coretan Di Helaian Kertas Putih, Jelita Isteriku, Terbangkan Angin Jelita, Zuriat Pertama dan yang terbaru: Lembar putih buat isteriku, Jelita

6 comments:

  1. Terima kasih untuk setiap lafaz yang saban waktu kau tidak pernah lupa;

    "Abang, maafkan dosa jelita hari ini.."

    Disetiap kali kau mahu berperang dengan mimpi malam. Tak pernah tertinggal sekalipun untuk kau lafaz itu. Tiap malam.

    aku terpaling suka part iniiii! T______T



    kiki jangan nak comel sangatlah pakai baju tidur jelita ya? :) beruntungnya Jelita punyai cinta terhebat buatnya.

    ReplyDelete
  2. farahin:- ahahahaha.nak comel sikit je farahin. boleh la. boleh la. boleh la. ahahahahhahaa

    oh ya, tiap2 malam aku sembur minyak wangi Jelita. :p

    part tentang "maafkan dosa jelita hari ini" itu kan, satu hari nanti kalau kau sudah berumah tangga, sebelum kau lelap mata, kau ungkap kata ini pada suami. kerna sekiranya kita pergi dalam tidur , kita telah sempat mohon ampun pada sang suami.

    kirim salam arjuna jiwa raga kau, aka pasha ungu! ahahahahahahha

    ReplyDelete
  3. mampu pakai baju jeita. aduh paling syahdu, romantik

    ReplyDelete
  4. ayen:- hihihi.kasih pada isteri ;)

    ReplyDelete