Followers

Sunday, January 29, 2012

Zuriat Pertama

Salam isteriku Jelita,

Bagaimana khabarmu? Jelita sedang apa? Selesai nonton sinetron? Atau sedang baca novel-novel fav mu?

Hari ini abang pulang tugas agak lewat dengan pelbagai tugas luar. Lagi pula, pejabat cawangan di Melaka hampir siap. Jadi abang harus ulang alik ke Melaka tiap hari untuk menguruskan beberapa hal disana.

Pulang rumah tanpa Jelita memang boring. Lagi-lagi sekarang tiap malam abang kena cari gerai untuk makan. Dan ya, tak sama bila Jelita dirumah. Dapur kosong, dan abang jemu makan digerai tiap hari.

Abang rindu masakan Jelita. Apalagi teringatkan sotong masak merah, udang goreng dari Jelita, ya Tuhan. Itulah nikmat paling indah dari sosok seorang isteri. Jujur.

Bila buka TV, terpapar cerita fav Jelita. Abang rasa sayu. Seperti tiap malam kita, kita nonton bersama sambil Jelita bersandar dibahu abang. Jujur, abang rasa tiap malam abang tak sempurna tanpa Jelita akhir ini. Tapi segenap rasa itu hilang bila abang fikirkan hadir Anggun nanti.

Saat pertama kali Jelita khabarkan bahwa Jelita hamil dulu, Tuhan adalah saksi bagaimana terujanya abang mendengar khabar gembira itu dan memeluk erat Jelita sejurus selepas abang pulang. Dan terus putuskan untuk beli baju buat Anggun. Terus Jelita tarik lengan abang dan kata; jelita takut.

Bila abang tanya kenapa, jelita cakap Jelita takut andai tak dapat lahirkan Anggun seperti mana yang abang harapkan. Dan Jelita cakap bahwa Jelita takut kalau tidak sempat untuk jadi ibu seorang Anggun dan jadi isteri yang singkat untuk abang.

Terus, abang tenangkan Jelita dengan serahkan semuanya pada Tuhan . Kerja dia. Sungguhpun Tuhan belum putuskan untuk hadiahkan Anggun untuk kita, abang terima. Tapi abang mohon, abang belum bersedia untuk hilang Jelita. Abang tak boleh. Bagaimana lagi abang harus tempuh dunia yang memang gila tanpa Jelita?

Jelita, kita lalui hari ini dengan mempersiapkan diri untuk Anggun. Kita fikir bagaimana untuk kita jadi seorang yang terbaik untuk Anggun. Kerna Anggun ini hadiah. Zuriat yang diberi Tuhan untuk kita.

Dan malam itu, kita sama-sama google bagaimana rupanya sambut kelahiran anak pertama. Dan yang paling tak boleh lupa, kita google; bagaimana untuk jadi seorang ayah dan ibu cemerlang. Sambil kita sama-sama berikrar untuk jadi benteng paling kuat untuk Anggun. Beri didikkan paling sempurna untuk Anggun.

Jujur, abang tak pernah sangka bahwa tangga abang sampai sini. Akan jadi papa pada seorang anak perempuan bernama Anggun. Dan disempurnakan seorang isteri bernama Jelita. Jujur, abang tak pernah sangka.

Waktu abang bilang pada ibu untuk memperisterikan Jelita satu ketika dulu, kita dipermudahkan urusan tanpa perlu melalui proses cinta. Bermula dengan ke gerai nasi lemak, yang pada mulanya masakkan itu telah mencuri hati ibu abang, terus abang kata jumpa Jelita untuk melamar. Alhamdulilah, jodoh abang ditemukan dengan Jelita. Maka kita ke tangga ini. Tangga pertama menanti kelahiran Anggun.

Dari lafaz pertama Jelita sah menjadi isteri abang, abang tak tahu bagaimana lagi untuk abang lafazkan terima kasih wahai isteri. Dengan kasih yang tak pernah jemu saban waktu, dengan tanggungjawab yang digalas tanpa sehari pun Jelita lupa buat abang rasa; Jelita isteri paling sempurna dimata abang walau berkali-kali Jelita bilang; jangan kata ungkap itu.

Alhamdulilah selepas 3 tahun kita bersama, kita diberikan Anggun. Dan tiap hari abang berdoa agar Anggun selamat dilahirkan. Semoga kurniaan Tuhan ini akan lebih warnakan hidup kita bertiga. InsyaAllah.

Dengan rindu dari sini, abang tiupkan angin cinta buat Jelita. Semoga baik-baik saja disana wahai isteri. Tunggu dan sambut hadir aku dengan rindu.

Salam jiwa raga,
PENAGIH KASIH SEORANG ISTERI.

1.43 pagi.

29 Januari 2012.

NOTA: Ini susulan cerita dari Plastik Jingga, Surat Ke Syurga, Benda Mati, Coretan Di Helaian Kertas Putih, Jelita Isteriku, Terbangkan Angin Jelita, Zuriat Pertama dan yang terbaru: Lembar putih buat isteriku, Jelita

4 comments:

  1. sungguh sungguh x terkata.. bertuah siapa yg memegang watak 'jelita' pd suatu hari.. coz kina tahu hidup nyer sentiasa bahagia disisi bsa.. :)

    ReplyDelete