Sabtu, 23 Ogos 2014

Hari pertama!

Sampai Sandakan Jam 8 malam.

Udara nyaman. Dijemput oleh Abang Hamzah. Salah seorang pembaca BSA di Sandakan.

Kami pergi makan ikan bakar di pasar malam.

Ikan bakar ini mengingatkan saya tentang gerai sotong bakar di Bukit Bintang makanan kegemaran saya tiap kali saya ke bukit bintang.

Kami berbual panjang tentang warga dan wilayah Sandakan ini. 

Untuk yang pertama kalinya,
Saya senang.

Lepas makan, saya jumpa Cik Sarah dan beberapa Jawatan Kuasa yang turut sama perah tenaga untuk majlis santai besok.

Mereka belanja saya makan ais buah aiskrim. Di kuala lumpur tak ada.

Saya dimaklumkan oleh Sarah, beberapa pembaca dari Kota Kinabalu sudah tiba. Mereka datang dengan kapal terbang dan sedang berehat di hotel masing-masing.

Meriah.

Besok akan tiba lagi pembaca dari Tawau. Aunty Shema dan sekeluarga. Pengikut tegar BSA di Sandakan. Perjalanan Tawau ke Sandakan, 5 jam.‎ 

Ami Jue juga akan datang.

Besok pagi jam 7 saya akan pusing wilayah Sandakan dengan Cik Sarah. Kata dia, dia nak bawa saya makan makanan Sabah.

Jam 12 tengah hari akan balik hotel istirehat. Jam 2.30 akan di English Tea House And Restaurant.

Besok pendaftaran dibuka pada pukul 3.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang.

Saya akan update lagi kemudian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan