Jumaat, 3 Oktober 2014

WIN !


Dalam banyak-banyak foto yang dikirim oleh pembaca2 saya, ini adalah foto paling WIN yang pernah saya dapat. Saya suka gila dengan foto ini.

Cuba lihat, buku patah ini dibeli oleh pelajar sekolah menengah. Mereka berdiskusi, mereka berbual tentang hati, mereka bicarakan perasaan antara mereka yang turut meletakan BUKU PATAH diatas meja sebagai permulaan diskusi itu.

Seperti yang saya sedia maklum, ini foto yang dikirim dari salah satu pelajar sekolah menengah yang berada di TAWAU Sabah.

PATAH telah mengusik pelbagai hati bukan saja anak sekolah, remaja, dewasa atau juga diantara itu terdapat beberapa kaum ibu yang turut disegarkan memorinya ketika baca buku ini.

Buku patah adalah pautan tulisan pendek yang memuatkan hampir 40 cerita berkisarkan tentang perasaan yang diabaikan, cinta yang ditinggalkan, rasa yang tak dimengerti kebanyakan orang.

Saya dengan rendah diri, ucap jutaan terima kasih kerana telah melebarkan patah ini bukan saja di Malaysia, tapi beberapa daerah yang ada di Bandung, Jakarta, Medan, Brunei, Singapura, Doha dan pelbagai lagi pelusuk.

Ini medan kita mencari sesuatu yang pernah hilang dan ianya bermula dari BUKU PATAH.

--KIKI GRINDAWANGSA
PENULIS BUKU PATAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan