Jumaat, 14 November 2014

Asing

‎Akan ada ketikanya, kita akan berdiri dengan segagah-gagahnya lalu menenangkan hati gusar sahabat kita‎ dengan berkata;

"Menangislah semahunya, hadapilah dengan sekuat kudrat dan tenaga, maka kamu akan fahami makna disebalik perpisahan ini. Hari ini tak sama seperti hari semalam, dan hari esok akan menjanjikan kita lebih baik dari hari ini. Marilah mulai bersama-sama.Tetaplah terus berjalan..."

Kembalilah bertemu sahabat-sahabat kalian yang pernah sekali atau beberapa kali terguris hatinya hanya kerana waktu yang sering tersalah bagi. 

Walaubagaimanapun, mereka tetap ada dan sedia  mendengarkan luah hati yang tak tahu harus kemana mahu diluahkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan