Ahad, 9 November 2014

Perjuangan PATAH

‎Menyiapkan pesanan #bukupatah hingga lewat pagi, jam 3.42 pagi.



Sampai sekarang, #bukupatah masih lagi dijual.

Ucapan jutaan terima kasih saya buat semua yang terlibat dalam perj‎uangan menjual PATAH.

Saya masih ingat lagi beberapa tahun yang lalu. PATAH ini beberapa kali sudah melalui proses tunda. Bukan sekali atau dua kali, ia ditunda hampir setahun selepas PATAH menjalani promosi besar-besaran.

Saya pernah patah semangat untuk membukukan hasil tulisan saya dulu. Manuskrip PATAH di tolak beberapa penerbit. ‎Bukan saja mencari penerbit itu susah, tapi mencari kata penghantar untuk PATAH juga agak payah.

Akhirnya, saya cuba-cuba untuk email seorang penulis muda di Indonesia iaitu Fahd Djibran untuk mendapatkan kata penghantar kalau-kalau PATAH ini berjaya mencuri hati mana-mana penerbit kelak.



Alhamdulillah. Selang beberapa hari, selepas subuh email saya dijawab. Fahd dengan bersahaja sudi untuk menulis kata penghantar dan menyambut baik kehadiran penulis baru seperti saya sekaligus memberikan saya satu angin baru bahwa PATAH harus dibukukan.

Tidak cukup dengan hanya email, malah saya ‎dikirim video oleh Aulia yang bertemu langsung dengan Fahd Djibran di Bandung untuk berikan kata-kata semangat untuk saya.




2 bulan selepas pertemuan Aulia dan Fahd di Bandung, kebetulan Fahd akan ke Kuala Lumpur untuk tugas dimana dia mewakili Indonesia untuk satu persidangan Asia.

Dan dengan itu, saya punya kesempatan untuk bertemu langsung dengannya.







Santai dan bersahaja. Kalimat yang masih segar diingatan saya;

"Kiki, ini bukan zamannya kita mencari penerbit. Tapi penerbit yang mencari kita.."

Sebulan selepas pertemuan itu, akhirnya saya beranikan diri untuk bukukan PATAH secara DIY - independent.  Dicetak dan dijual pada pembaca-pembaca blog yang sudah lama menanti.





Akhirnya, tanggal 23 Julai 2013 PATAH lahir. Di lancarkan di Morne Art Gallery dan dihadiri oleh pembaca-pembaca setia blog BSA. Akhirnya janji saya pada mereka tertunai selepas bertahun saya berikan mereka harapan yang tak pasti.



Hari ini sudah 9 November 2014. Sudah setahun lebih PATAH dijual. Dengan semangat tanpa putus asa, dengan perjuangan yang bukan kecil ujiannya, atas doa yang dikirim oleh semua, alhamdulillah PATAH sudah hampir masuk kecetakan ke - 6 bersamaan juga hampir 2 ribu naskah PATAH sudah terjual.



Saya tidak melakukannya dengan sendirian. PATAH dibantu ramai askar-askar BSA yang turut sama promote dan menjual pada kawan-kawan yang lain. Ia dijual di negeri mereka masing-masing. Di Sabah terlalu hebat pukulannya hingga satu majlis khusus bersama pembaca-pembaca di Sandakan dan Kota Kinabalu di buat sejurus selepas jualan di sana hampir mencecah 500 naskah.





Jadi begitulah manis dalam sebuah perjuangan. PATAH adalah 'hati' saya yang saya kongsinya dengan semua orang dimana perjalanan yang berliku itu dilalui dengan kenikmatan yang tak terluah seperti hari ini.

Saya dengan rendah diri, ucapkan jutaan terima kasih buat mereka yang banyak membantu seperti Wassim, Syafiq Cukang, Aiman,  Cik Sarah, Cik Non, Misda, Aisya Said, Santhi dan semua sahabat-sahabat di Sandakan dan KK,   Aunty Shima, Zayani, Ustaz Muhammad Iqbal, Arif Ariffin, Fifi Afiqah, Saiful Zanawi, Aulia, ‎Lindy Kurnia, Fit, kalian memang luar biasa.

Semoga Tuhan balas setiap titik peluh kalian itu dengan nikmat kelazatan tak terperi.

Aamiin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan