Ahad, 16 November 2014

Rasa



"Terkadang kau cuba untuk sampaikan rasa kau pada orang lain tentang bagaimana untuk kau pergi untuk hapuskan semua ingatan kau pada memori manis pertama. Kerna bagi kau, memori didik untuk kau jadi pendendam. Satu saat, kau penat. 

Tapi, orang sekeliling kau tak pernah faham rasa kau. Tak semudah dengan ungkapan; sabar. 

Tak-- 

Kau terus bangun untuk kehidupan kau biarpun kau rasa sakit untuk kau lalui hari-hari. Permulaan hari kau, benda pertama yang kau lihat adalah talifon. Rasa kau pada dia subur, sedang rasa dia pada kau sudah mati. 

Yang kejamnya, hati kau tak mati-mati biarpun tiap hari kau jadi pembunuh untuk hati sendiri...
‎"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan