Jumaat, 5 Disember 2014

Duduk di kerusi itu

Tenang sajalah.

Yang berakhir,
Akan segera bermula kembali.

Satu musim,
yang lebih baik hasil dari kelukaan yang hari ini, 
terpaksa kau usung kesana dan kemana-mana.

Tentang perasaan,
Memang tak ramai yang mengerti.

Tentang kesedihan,
Semua bertanya hal-hal yang sama,

Untuk sekarang,
Tenanglah.

Duduk lah dikerusi yang sebenar-benarnya itu kepunyaan kau sendiri

Kau bukan apa,
Cuma penat berlari.

Kalau nanti orang hulur air,
Kau kena janji pada diri kau sendiri.

Minum.

Bangun,
Dan kembalilah berjalan.

Bersama si penghulur air.

--BSA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan