Sabtu, 6 Disember 2014

Memang begitu

Bukan sebab kau tak dikasihi lagi,
Bukan kerana dunia terlalu kecil untuk kau tinggal.

Tak.

Memang kadang-kadang minta kasih dan perhatian itu macam pengemis, buat baik pun orang benci, buat salah sikit orang judge sampai mati.

Hati kau kosong bukan kerana tak di isi oleh orang-orang yang sudah pergi, cuma kadang-kadang hidup ini dihilangkan sekejap apa yang kita ada, untuk lebih menghargai hal-hal yang dulu langsung kita tak ambil peduli.

Tentang kasih,
Kau memang rasa dah jadi yang terbaik. Biarpun dimatanya itu kurang.

Tentang tempat berteduh,
Cuma syurga saja yang boleh buat kau senyum sampai bila-bila. Ini dunia, takdirnya begitu.

Tentang persahabatan,
Satu-satu‎ tempat yang kau boleh cerita tanpa rahsia : berbahagialah untuk itu. Setidaknya, mereka ada.

Senyumlah,
Biarpun ini bukan waktu yang tepat.

:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan