Khamis, 25 Disember 2014

Hanya kerana dia?

‎"Menangis pada orang yang bukan siapa-siapa pada kita. Sedangkan dulu masa kecil, nyamuk seeokor pun mak kita tak izin gigit hisap darah kita. Punya sayang dia dengan kita. Tapi ini bila dah besar, kita pula yang sengaja sakitkan hati sendiri.." --BSA


Rabu, 24 Disember 2014

Lewat petang

Kecil sebenarnya dunia ini. Sedang memerhati orang-orang sekeliling di KLCC petang tadi, saya tegur orang disebelah saya untuk ajak sembang. Dan tanpa sadar, mereka itu followers instagram saya.

#kikigrindawangsa #bicarasamaawan #bsa #patah #moveon

Selasa, 23 Disember 2014

Seseorang datang

‎"Orang yang bual soal kehidupan tu lebih faham kau ke?" 

"Ini bukan soal faham. Soal faham itu soal yang panjang masanya untuk faham. Tapi ini soal bila dia belajar memahami.."

Khamis, 18 Disember 2014

People Change

‎Tolak orang yang baik,
Untuk pilih orang yang ada.

Tapi yang ada,
Tak selamanya ada.

--BSA

Isnin, 15 Disember 2014

Rumah kedua BSA !


Akaun BicaraSamaAwan di facebook sudah cecah 5k. Saya tak dapat nak approve new friend request. Walau bagaimanapun, kalian boleh LIKE PAGE KIKI GRINDAWANGSA yang baru disiapkan.

Terima kasih kerana selalu ada.

Ahad, 14 Disember 2014

Diri sendiri

Kiki, knp wluon dia dah buat dkt sy mcm2, knp sy xblh nk lupakn dia? Xblh nk tinggalkn dia? 

 -- 

 Sebab belum penat lagi. Nanti kalau dah letih, berhenti sendiri lah tu. Tanpa ada orang suruh, tanpa ada orang bagi nasihat. Tapi kalau ada orang yang nasihat tu pun, bukan siapa-siapa. Diri sendiri. 

 --BSA

Isnin, 8 Disember 2014

Keberadaan

‎Hanya aku yang selalu ada.

Sayang pada orang,
yang akhirnya selalu tak ada. 

 --BSA

Besok boleh start relationship baru.

"Walau apa pun, I tetap hargai you. I nak kawan dengan you sampai bila-bila. You orang yang paling baik pernah i kenal. Biarlah lepas ni i bersendirian. I tak layak untuk siapa-siapa. Lepas ni pun, I malas nak fikir tentang cinta lagi... I nak bersendirian.." 

"Bersendirian sampai bila? Sampai besok?"


Hilang Rasa

‎"I minta maaf. I bukan yang terbaik untuk you. Mungkin sampai sini. I dah tak nampak cara lain lagi. Kalau kita terus bersama pun, tak macam dulu. Rasa tu dah tak ada.." 

 "Oh ya? Kirim salam orang baru.."

Persembahkan ikhlas

‎Kalau aku sudah tak ada lagi, ingat bahwa aku pernah menyayangi kamu dengan seikhlas-ikhlasnya.

Terima kasih kerana pernah bersama.


Ahad, 7 Disember 2014

Nawaitu

‎Itu lebih baik.

Terimalah siapa saja yang boleh mencintaimu apa adanya. Yang boleh melengkapi setiap kekurangan yang diciptakan Tuhan,  ada pada setiap kita. Tuhan juga perkenan untuk setiap air mata yang jatuh atas sejadah itu.

Dengan syarat;

'Menikah'

Sabtu, 6 Disember 2014

Apa adanya


instagram: bsa_awan

Memang begitu

Bukan sebab kau tak dikasihi lagi,
Bukan kerana dunia terlalu kecil untuk kau tinggal.

Tak.

Memang kadang-kadang minta kasih dan perhatian itu macam pengemis, buat baik pun orang benci, buat salah sikit orang judge sampai mati.

Hati kau kosong bukan kerana tak di isi oleh orang-orang yang sudah pergi, cuma kadang-kadang hidup ini dihilangkan sekejap apa yang kita ada, untuk lebih menghargai hal-hal yang dulu langsung kita tak ambil peduli.

Tentang kasih,
Kau memang rasa dah jadi yang terbaik. Biarpun dimatanya itu kurang.

Tentang tempat berteduh,
Cuma syurga saja yang boleh buat kau senyum sampai bila-bila. Ini dunia, takdirnya begitu.

Tentang persahabatan,
Satu-satu‎ tempat yang kau boleh cerita tanpa rahsia : berbahagialah untuk itu. Setidaknya, mereka ada.

Senyumlah,
Biarpun ini bukan waktu yang tepat.

:)

Jumaat, 5 Disember 2014

Duduk di kerusi itu

Tenang sajalah.

Yang berakhir,
Akan segera bermula kembali.

Satu musim,
yang lebih baik hasil dari kelukaan yang hari ini, 
terpaksa kau usung kesana dan kemana-mana.

Tentang perasaan,
Memang tak ramai yang mengerti.

Tentang kesedihan,
Semua bertanya hal-hal yang sama,

Untuk sekarang,
Tenanglah.

Duduk lah dikerusi yang sebenar-benarnya itu kepunyaan kau sendiri

Kau bukan apa,
Cuma penat berlari.

Kalau nanti orang hulur air,
Kau kena janji pada diri kau sendiri.

Minum.

Bangun,
Dan kembalilah berjalan.

Bersama si penghulur air.

--BSA

Rabu, 3 Disember 2014