Ahad, 6 September 2015

Santai bersama Kiki Grindawangsa

Yang ikuti tulisan2 saya dari zaman blog sampai sekarang, mungkin ini ruang paling terbaik untuk kita berjumpa. Berkawan dan saling bertanya.

Belum ada tarikh tapi yang pasti ia bulan 12. Di mana? Belum ada tempat tapi yang pasti di Kuala Lumpur. Untuk pembaca2 di Sabah dan Sarawak yang mahu datang, jangan risau. Tarikh akan di umum sebulan awal supaya kalian boleh tempah tiket kapal terbang awal-awal. 

Kehadiran hanya untuk 25 orang terawal. Ianya Terhad supaya kita boleh kenal lebih dekat. 

Selain itu, program ini juga akan memperkenalkan seorang penulis muda yang suka di kenali sebagai BUNGA TUHAN. Dan dia juga akan lancarkan buku pertamanya pada program itu nanti. 

Kalian suka tulisan yang boleh robek jiwa kan? Beli buku dia di pelancaran itu nanti. Kita sama2 mendukung siapa saja yang ingin ketengahkan suara kecil untuk dikongsikan pada publik. 

Sebarang pertanyaan untuk pendaftaran boleh whatsapp number yang tertera 0182656760

Sampai jumpa nanti. ❤️


Tiada ulasan:

Catat Ulasan