Jumaat, 20 November 2015

Restu & Pilihan

"Kalau awak minat dkt someone ni, tapi mak awak tak restu, awak teruskan tak relationship awak tu"

***

Kau sedar tak? 
Sejak dulu.

Berganti orang datang dalam hidup kau, 
ambil dan ludah kau, 
buang lalu kutip kembali, 
sakiti hati kau berkali-kali,  

Cuma hanya sosok seorang saja yang hari ini sanggup ada dengan kau.

Dan kau berani letakkan dia sebagai pilihan? Sedangkan dari dulu, kau tetap merupakan pilihan utama dia sebagai seorang anak. Zuriat yang lahir dari rahim dia. 

Dia itu ibu kau.

Kau sanggup nak letakkan dia sebagai pilihan untuk seseorang yang entah sampai bila boleh bertahan dengan kau? 

Yang hari ini dia kata cinta, 
tapi esok tak tahu bagaimana?

--BSA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan