Selasa, 29 September 2015

Update : JODOH


Telah melalui fasa-fasa akhir. Manuskrip JODOH sedang disunting. Ia akan mengambil sedikit masa lagi untuk proses terakhir iaitu COVER BUKU. 
Yang sudah buat PRE ORDER, saya ucapkan terima kasih. JODOH akan datang menyapa awal buat kalian. Kalian askar BicaraSamaAwan paling terbaik pernah saya ada di mana jumlah yang kalian pesan telah menjangkau ke 410 naskah sebelum cover JODOH siap. 
Yang belum buat PRE ORDER, boleh langsung whatsapp ke 0182656760. Pesanan awal akan dihantar buat mereka yang buat PRE ORDER. 
Terima kasih. Khabarkan pada kawan-kawan kita yang pernah PATAH dulu, jangan pernah menyerah. Tetaplah terus berjalan mencari kekuatan untuk JODOH melalui buku ini.
Buku JODOH adalah buku kita bersama. kita membawa hati yang pernah PATAH dulu untuk tetap berani menyapa : MOVE ON pada diri sendiri.
Salam kasih,
KIKI GRINDAWANGSA.

Ahad, 6 September 2015

Santai bersama Kiki Grindawangsa

Yang ikuti tulisan2 saya dari zaman blog sampai sekarang, mungkin ini ruang paling terbaik untuk kita berjumpa. Berkawan dan saling bertanya.

Belum ada tarikh tapi yang pasti ia bulan 12. Di mana? Belum ada tempat tapi yang pasti di Kuala Lumpur. Untuk pembaca2 di Sabah dan Sarawak yang mahu datang, jangan risau. Tarikh akan di umum sebulan awal supaya kalian boleh tempah tiket kapal terbang awal-awal. 

Kehadiran hanya untuk 25 orang terawal. Ianya Terhad supaya kita boleh kenal lebih dekat. 

Selain itu, program ini juga akan memperkenalkan seorang penulis muda yang suka di kenali sebagai BUNGA TUHAN. Dan dia juga akan lancarkan buku pertamanya pada program itu nanti. 

Kalian suka tulisan yang boleh robek jiwa kan? Beli buku dia di pelancaran itu nanti. Kita sama2 mendukung siapa saja yang ingin ketengahkan suara kecil untuk dikongsikan pada publik. 

Sebarang pertanyaan untuk pendaftaran boleh whatsapp number yang tertera 0182656760

Sampai jumpa nanti. ❤️


Rabu, 2 September 2015

Biarpun masanya lama.

Kesian hati kita. Dah remuk pun masih kalah dengan sayang. Tak apa kan saja semua hal. Biarpun kita di duakan. Biarpun duit kita habis untuk tanggung orang lain yang bukan siapa-siapa untuk kita. 

Hidup adalah pilihan, tapi kita pilih jalan yang sama: dia.

"Hey, hidup ini untuk dia saja kah?"

Nak tahu macam mana untuk kita ubat perasaan? 

Jangan paksa diri melupakan,
Jangan ajar diri berdendam,

Tapi didik hati dengan memaafkan.

Tak apa,
Biarpun masanya lama. 

KIKI GRINDAWANGSA 

Selamat pagi !