Jumaat, 20 November 2015

Restu & Pilihan

"Kalau awak minat dkt someone ni, tapi mak awak tak restu, awak teruskan tak relationship awak tu"

***

Kau sedar tak? 
Sejak dulu.

Berganti orang datang dalam hidup kau, 
ambil dan ludah kau, 
buang lalu kutip kembali, 
sakiti hati kau berkali-kali,  

Cuma hanya sosok seorang saja yang hari ini sanggup ada dengan kau.

Dan kau berani letakkan dia sebagai pilihan? Sedangkan dari dulu, kau tetap merupakan pilihan utama dia sebagai seorang anak. Zuriat yang lahir dari rahim dia. 

Dia itu ibu kau.

Kau sanggup nak letakkan dia sebagai pilihan untuk seseorang yang entah sampai bila boleh bertahan dengan kau? 

Yang hari ini dia kata cinta, 
tapi esok tak tahu bagaimana?

--BSA

Khamis, 19 November 2015

Ingat.

Dulu kita ini sampah,
yang pernah dibuang dia.

--BSA

Selasa, 10 November 2015

Peluk aku,
dengan kasih sayangmu.

Cintai aku,
cukup dengan adanya dirimu.

KIKI GRINDAWANGSA

Isnin, 2 November 2015

UNIVERSITI BICARASAMAAWAN !

Dengan rendah diri, saya ingin ucapkan jutaan terima kasih pada semua student2 UNIVERSITI BICARA SAMA AWAN (UBSA) di group whatsapp. Perhatian kalian lebih dari saudara sendiri, resah kalian segera diluhur tangan dari rakan-rakan lain, sedih kalian, puluhan bahu bersedia untuk ditadah. Begitulah semangat yang ada sesama kita. 

Saya rasa cukup bahagia dengan adanya UBSA. Semoga ia dapat membentuk nilai kasih sayang sesama kita dengan ikatan yang akan lebih kuat. Mudah-mudahan. 

Kredit buat Bunga Tuhan (Pensyarah Puisi Indie)  , Aisya Zubir (Pensyarah Kasih Sayang)  , dan Saiful Zanawi (Pensyarah Bahasa Melayu)

Untuk pelajar2 UBSA, kalian sudah seperti keluarga sendiri. Dan saya bahagia dengan adanya kalian semua.

PENGETUA
(Kiki Grindawangsa)


#uniBSA