Saturday, October 23, 2021

Nasi Minyak


NASI MINYAK

 

Setelah menikah, saya sadar ada perubahan drastik yang telah berlaku pada diri saya. Salah satunya adalah, saya tidak kuat untuk menolak Nasi Minyak masakan isteri saya. Saya selalu merasa bahwa tangan yang Allah cipta untuknya itu adalah tangan ajaib yang selalu buat saya tak kuat untuk menolak.

 

35 tahun saya hidup, saya tidak pernah makan nasi minyak sesedap itu. Bayangkanlah saya boleh berpuasa untuk tidak makan Fast Food berbulan-bulan, boleh berpuasa untuk tidak minum Java Chip Extra 3 Shots espresso with Hazelnut Syrup Starbuks, berpuasa untuk tidak makan selepas jam 8 malam, tapi semua itu lebur dengan Nasi minyak air tangan isteri saya.

 

Bayangkan dengan nasi dia yang lembut, ayam goreng kunyit yang tak berapa nak masin, sayur acar yang boleh buat saya tambah 3 kali setiap hidangan, kuah kurma pekat cukup rasa, sambal belacan, bagi saya itu adalah Nasi Minyak paling terbaik pernah saya jamah seumur hidup saya.

 

Saya tidak peduli lepas itu saya akan kembali sarung baju extra large, pinggang seluar saiz 36, duduk sampai nak pakai stoking pun susah, perut kedepan macam ayah-ayah, tepi perut macam pelampung mandi laut Port Dickson, saya dah tak kisah itu semua. Asalkan saya puas makan Nasi Minyak yang bagi saya hanya 1 dalam dunia.

 

#kikisayangisteri.


 

Wednesday, September 22, 2021

33 minggu

Irhaa kini berusia 33 minggu dalam kandungan. 

Entah mengapa, saya sedang ingin benar-benar menemui lelaki yang kelak akan menjadi pendamping hidupnya.

Bagaimana nanti mereka bercinta?
Bagaimana nanti dia akan menempuh sulitnya bangun dari patah hati
dan bagaimana nanti raut wajahnya ketika sah menjadi seorang isteri.

Kami bagaimanapun, tetap ikhlas. 

Thursday, September 9, 2021

Nilai Taat

"beruntung sebenarnya dilahirkan di dunia ini menjadi seorang perempuan. Kerana berkat taatnya kepada suami, lalu menyerahkan seluruh nasibnya kepada Allah, dia diberi ganjaran Syurga. Kemudian dijemput masuk melalui mana-mana pintu yang disukainya. Barangkali sepanjang perjalanan dunia menuju ke akhirat, disitulah harga sebuah kesabaran..."

--BicaraSamaAwan

Kelakar, Beradap & Setia

Tak semua lelaki yang kelakar ni dia beradap, kadang lelaki beradap dia tak kelakar. Kadang lelaki kelakar dia tak setia. Kadang lelaki setia dia tak kelakar.

Ha.

Lebih kurang gitu lah.

Dulu Abang mengorat Kak Nisa kau tu pakai modal perut boroi je. Sebab apa modal perut boroi? sebab majoriti perut boroi ni penyayang. Buat kelakar sikit sikit, sopan sikit sikit, lepas tu dia boleh kata 

"oklah, i setuju jadi ibu untuk anak-anak you..."

Pilih pasangan ni, kau tak boleh menang semua. Ada beberapa perkara kau mungkin menang, ada beberapa perkara Allah nak kau faham ertinya bersabar.