Jumaat, 29 Ogos 2014

Tangga dewasa

‎Bila sudah cukup dewasa,

Kita bukan sahaja belajar mengenai seseorang, tapi sekalian keluarganya.

Hidup memang selalu ada tangga dimana kita akan berhenti tiba-tiba dipersimpangan kesulitan.

Ini bukan lagi diantara aku dan kamu.

Lorong kanan,
Keluarga.

Lorong kiri,
Ego diri sendiri.




Jodoh

the reason we broke up is die ckp sy terlalu mengongkong die, n i become so needy, n also i was to negative,, last kami jmpe aritu die ckp suh tunggu die,,skrg nie die nk enjoy being single with his friend,,nty klu die da readdy nk kawin bru die pk about our future..  what should i do to win his heart back? (people keep telling me to give him his space,,tp nnti kalau die terus lupakan sy mcm mne?) 


 -- 


Relationship ini tentang ruang. Bukan tentang memiliki. Mungkin rasa dia itu cukup terbatas untuk dia bergerak. 

Untuk memenangi hati dia, hanya ruang saja yang mampu untuk buat dia rindu. 

Jadi terbangkah lah dia. Takut untuk dia pergi melupakan kita itu, mari kita kembali pada jalan yang Tuhan sudah tulis; 

 "Jodoh"


Khamis, 28 Ogos 2014

Aunty Shema :)




"Waktu Aunty lihat poster dan tahu kiki nak datang Sandakan, aunty terus semangat nak datang.. ini kiki datang Sandakan, kita mesti pergi.. mesti mau jumpa si kiki ni. terus Aunty cakap pada Ririn, 23 Ogos kita ke Sandakan. Jumpa kiki..‎" 

--Aunty Shema
Pembaca BSA di Tawau

Selasa, 26 Ogos 2014

Pembaca-pembaca Sandakan Luar Biasa!






Ini dari pada Kota Kinabalu. Datang berempat dengan kapal terbang untuk Majlis Santai BSA ini. Luar biasa!








Terima kasih paling dalam buat Cik Sarah, Cik Non, Aisyah, Santhi, dan Mizda yang jadi tulang belakang untuk event MAJLIS SANTAI BERSAMA BSA di Sandakan. Kalian sudah cipta memori paling manis yang tak terungkapkan.

Trima kasih untuk kek ulang tahun paling bermakna,

Trima kasih untuk hadiah ulang tahun,
Trima kasih untuk tenaga dan waktu,
Trima kasih untuk pengorbanan segala-galanya untuk menjayakan majlis ini.

Semoga Tuhan bayar nikmat selazatnya dalam melalui hidup. 

mudah-mudahan.










Waktu Aunty Shema cakap dia mahu hadir untuk MAJLIS SANTAI BERSAMA BSA , saya rasa cukup terharu. Aunty Shema dari Tawau. Dan dari Tawau itu untuk ke Sandakan 5 Jam.

Datang naik kereta.

Aunty Shema pembaca BSA datang sekeluarga dengan anak perempuannya Ririn, adiknya Aunty Shema Miedah Mie dan nenek Ririn.

Ini telah jadi cerita paling manis waktu saya berada di Sandakan. Terima kasih Aunty dengan dukungan yang luar biasa sekali !
 















;)


Isnin, 25 Ogos 2014

Selamat pagi Kota Kinabalu :)


Beaufort

Ini Nani. Dia ‎datang dari Beaufort untuk Majlis Santai Bersama BSA di Sandakan.

:)

Ahad, 24 Ogos 2014

Taman Sepanggar, Kota Kinabalu

Saya sampai jam 6 petang di Taman Sepanggar, Kota Kinabalu.

Dijamu dengan durian, rambutan, langsat, kueh batang buruk , serunding dan air teh.  Makan ramai-ramai‎.

Kata Cik Sarah, satu rumah ini semua baca BUKU PATAH.

Happening kan?

:)


Tanjung Aru

‎Dalam perjalanan ke Kota Kinabalu.

Untuk pembaca di KK, yang mahu lepak santai boleh ke Tanjung Aru jam 8 malam.

Sampai jumpa nanti ya!

Dengan Ririn :)


Keluarga Besar BicaraSamaAwan di Sandakan Sabah.


Makan malam bersama pembaca Sandakan dan Kota Kinabalu.


Sandakan di hati :)

‎Punya 1 lagi program makan malam bersama pembaca yang datang jauh dari Tawau, Kota Kinabalu, dan Boufort jam 8 malam ini. 

Malaikat saksi paling hampir hati rasa getar hati ini dengan penghargaan yang luar biasa dari pembaca2 Sandakan. Trima kasih Tuhan untuk restu dan perkenan. 

 I love Sandakan!

Sabtu, 23 Ogos 2014

Santai dulu dengan Cik Sarah dan Cik Mizda di Sheraton :)




1 Jam Lagi!


Orang Barat

Sekeliling saya ini semua orang inggeris. Terasa macam tengah sarapan kat liverpool. 

Sarapan Jam 7 pagi

Menikmati sarapan pagi dengan separuh bahagia. Kenapa separuh, sebab tak ada kawan nak sembang.



Hari pertama!

Sampai Sandakan Jam 8 malam.

Udara nyaman. Dijemput oleh Abang Hamzah. Salah seorang pembaca BSA di Sandakan.

Kami pergi makan ikan bakar di pasar malam.

Ikan bakar ini mengingatkan saya tentang gerai sotong bakar di Bukit Bintang makanan kegemaran saya tiap kali saya ke bukit bintang.

Kami berbual panjang tentang warga dan wilayah Sandakan ini. 

Untuk yang pertama kalinya,
Saya senang.

Lepas makan, saya jumpa Cik Sarah dan beberapa Jawatan Kuasa yang turut sama perah tenaga untuk majlis santai besok.

Mereka belanja saya makan ais buah aiskrim. Di kuala lumpur tak ada.

Saya dimaklumkan oleh Sarah, beberapa pembaca dari Kota Kinabalu sudah tiba. Mereka datang dengan kapal terbang dan sedang berehat di hotel masing-masing.

Meriah.

Besok akan tiba lagi pembaca dari Tawau. Aunty Shema dan sekeluarga. Pengikut tegar BSA di Sandakan. Perjalanan Tawau ke Sandakan, 5 jam.‎ 

Ami Jue juga akan datang.

Besok pagi jam 7 saya akan pusing wilayah Sandakan dengan Cik Sarah. Kata dia, dia nak bawa saya makan makanan Sabah.

Jam 12 tengah hari akan balik hotel istirehat. Jam 2.30 akan di English Tea House And Restaurant.

Besok pendaftaran dibuka pada pukul 3.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang.

Saya akan update lagi kemudian.

Sapu tangan untuk pembaca!

Tugasan malam ini untuk Majlis Santai Bersama BSA besok di English Tea House And Restaurant, Sandakan Sabah. 

Ini sapu tangan yang akan diberi pada pembaca-pembaca BSA yang akan hadir besok untuk di frame!

#bicarasamaawan #moveon #kikigrindawangsa #sandakan #sabah

Jumaat, 22 Ogos 2014

KLIA 2.

Di KLIA 2. Tak sabar rasanya untuk mendarat di Sabah. Ini pertama kali. Selalu dengar cerita tentang Pulau indah, Pulau Mabul.

Tujuan ke Sabah untuk bertemu dengan pembaca-pembaca di area Sandakan. Ini juga program pertama yang di buat di luar Kuala Lumpur.

Esok 23 Ogos, saya akan berkongsi kisah BicaraSamaAwan. Bertempat di English Tea House Restaurant, Sandakan. Bercerita tentang bagaimana PATAH jadi sebuah buku, berkongsi cara-cara bagaimana mahu move on, dan berkongsi tentang dunia blog.

Besok.

Ya, sampai jumpa nanti semua pembaca2 BSA di sana nanti. Semoga pertemuan kita akan ukir rasa manis sedalamnya.

Mudah-mudahan.