Friday, September 22, 2023

Adda, sebuah cerita.

“Abang, tadi kat wad ada orang tegur sayang. Dia tanya, ini wife kiki kan?”


“Lepas tu?”


“Lepas tu sayang tanya, macam mana tahu? Dia cakap dia tahu dari IG. Dia cakap lagi, saya Adda. Pembaca Kiki. Lembut je isteri kiki ni.. Nanti kirim salam kat Kiki ye..”


Saya tersenyum. Itu Adda Jasmi! Pembaca awal2 dulu zaman saya aktif menulis blog sekitar tahun 2010. Adda sakit apa? Bisik saya dalam hati.


Hari ini, saya dapat khabar paling sayu. Ingatan saya kembali pada “terima kasih” dari Adda untuk isteri saya. Air mata saya jatuh. Ia jatuh kerana isteri saya telah menjaga salah seorang pembaca saya di wad dengan rencana yang disusun oleh Allah dan ia cukup romantis. 


Mungkin, Allah menghantar isteri saya untuk berterima kasih terlebih dulu pada Adda kerana telah mendukung tulisan-tulisan suaminya dengan bahasa badan yang hanya difahami oleh semesta waktu itu. 


Dalam bahasa yang paling tepat, itu juga adalah salah satu cara saya berterima kasih pada Adda yang telah membeli buku-buku saya, dan menjadi salah seorang pembaca paling tegar Bicara Sama Awan.


Al-fatehah untuk Adda Jasmi. Semoga ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. 


Aamiin—

No comments:

Post a Comment