Saturday, June 17, 2023

10 NASIHAT UNTUK PENULIS PEMULA


  1. Di bengkel penulisan Tere liye, dia pesan untuk menulis sekurang-kurangnya 1 tulisan sehari. Biarpun Tere Liye bukanlah orang yang bertanggungjawab bawa saya ke dunia penulisan, bagi saya nasihat dia sangat wajar. Matang atau tidak penulisan itu, itu hal nombor dua. Hal pertama, jangan berhenti menulis. 
  2. Penulis itu sendiri adalah pembaca. Kalimat yang diingatkan oleh Abang Zamri Mohd ketika kami berbual di reruai PBAKL masih segar dalam ingatan saya. Abang Zamri merupakan penulis yang telah menulis 30 buah buku. Dia dengan tegas mengingatkan untuk TIDAK BERHENTI TERLALU LAMA. Biasanya kalau berhenti terlalu lama, kita tidak akan bergerak.
  3. Orang yang sebenarnya bawa saya ke dunia penulisan adalah Fahd Pahdepie.  Penulis buku “a cat in my eyes” ini telah menolak saya tanpa saya sadar hingga menjadikan saya seperti hari ini. 
  4. kalau bukan kerana Sepupu saya Tasnim, yang bertemu Fahd dan menyatakan hasrat saya di Kota Bandung beberapa tahun lalu, mungkin bicarasamaawan telah lenyap. Untuk menjadi ombak yang kuat mencipta fenomena, ia tidak akan berhasil tanpa semangat.
  5. Fahd adalah orang yang sudi menulis kata penghantar untuk buku pertama saya (PATAH) dan memaklumkan pada saya bahwa dia akan ke Malaysia untuk memenuhi undangan acara di salah satu forum dan memiminta saya untuk hubunginya lewat email.
  6. “Kiki, jam 8.30 malam besok di Hilton hotel KL sentral, saya tunggu di lobby..sampai ketemu nanti..” email dari Fahd.
  7. ketika menyapanya malam itu, Fahd mengajukan soalan pembuka “jadi apa masalahnya ni kiki sampai begitu lama sekali karyamu terbit..”
  8. “Saya punya masalah tentang penerbitan. Saya masih mencari penerbit untuk menerbitkan buku saya, Fahd” balas saya waktu itu.
  9. “Kiki, ini bukan zamannya kita mencari penerbit. Penerbit yang sebenarnya harus cari kita dan kalau saya jadi kamu, saya akan terbitkan sendiri. Kalau kamu tahu, ada buku pertama saya saya cetak dan menjualnya sendiri…”
  10. 8 hari selepas pertemuan itu, PATAH telah  terbit dengan keberanian yang saya sendiri tidak tahu ia datang dari mana. Selain Pre Order saya juga menyusun majlis pelancaran yang telah dihadiri hampir 80 orang ketika itu. Dan dengan 80 orang itu, ia telah menjadi jambatan yang menghubungkan saya dengan pembaca hingga buku kedua saya terbit. Kini, saya tidak lagi berada dalam ketakutan-ketakutan seperti dulu. Bagi saya, kita harus mulai sendiri dengan keberanian. kerana hanya itu saya yang akan menempatkan kita di posisi itu iaitu: Penulis. 


No comments:

Post a Comment