Friday, June 16, 2023

Tips

Tadi masa saya keluar rumah, saya ternampak seorang lelaki cina sedang berjalan. Lelaki cina ini saya kenal sewaktu menonton bola di mamak 20 tahun yang lalu. Saya rasa, dia adalah hero atau idola yang tak ramai orang tahu. Kenapa? kerana dari rambut dia hitam, sampai rambut dia putih dia masih pegang tangan kekasih dia. Perempuan yang sama 20 tahun yang lalu. Sedangkan sekeliling saya, ramai yang sedang dan menuju ke lembah cerai-berai. Mampus kau dikoyak-koyak sepi bak puisi Chairil Anwar. Jalan pun dah tak pegang tangan. Apalagi memandang mata ketika bercakap. Sekarang ramai orang bercinta dengan talifon masing-masing. Saya harap, saya akan jumpa sekali lagi mamat ni , dan kali ini saya janji saya akan tegur dia. Mungkin dia boleh kongsi tips.

No comments:

Post a Comment