Sekeras-keras hati manusia, akan lebur juga dengan kelembutan.
Jadilah air, bukan api—
—BicaraSamaAwan
“Abang, tadi kat wad ada orang tegur sayang. Dia tanya, ini wife kiki kan?”
“Lepas tu?”
“Lepas tu sayang tanya, macam mana tahu? Dia cakap dia tahu dari IG. Dia cakap lagi, saya Adda. Pembaca Kiki. Lembut je isteri kiki ni.. Nanti kirim salam kat Kiki ye..”
Saya tersenyum. Itu Adda Jasmi! Pembaca awal2 dulu zaman saya aktif menulis blog sekitar tahun 2010. Adda sakit apa? Bisik saya dalam hati.
Hari ini, saya dapat khabar paling sayu. Ingatan saya kembali pada “terima kasih” dari Adda untuk isteri saya. Air mata saya jatuh. Ia jatuh kerana isteri saya telah menjaga salah seorang pembaca saya di wad dengan rencana yang disusun oleh Allah dan ia cukup romantis.
Mungkin, Allah menghantar isteri saya untuk berterima kasih terlebih dulu pada Adda kerana telah mendukung tulisan-tulisan suaminya dengan bahasa badan yang hanya difahami oleh semesta waktu itu.
Dalam bahasa yang paling tepat, itu juga adalah salah satu cara saya berterima kasih pada Adda yang telah membeli buku-buku saya, dan menjadi salah seorang pembaca paling tegar Bicara Sama Awan.
Al-fatehah untuk Adda Jasmi. Semoga ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.
Aamiin—
Jika anda masih berkira-kira untuk itu dan ini, anda mungjin tidak mencintainya. Kerana cinta tidak ada ‘kerana’
Kak, bagaimana perasaan bersuamikan seorang lelaki yang puitis?
JAWAPAN :
Namun ketahuilah. Ketika seorang suami meminta untuk diambilkan air, si suami akan
“Sayang, tolong ambilkan air jap..”
Disana, tiada cuaca mendung atau cerah untuk menyampaikan satu kehendak. Tidak ada perasaan terdalam setelah meneguk air tersebut. Namun ketahuilah, mendampingi pasangan yang memiliki imaginasi-imaginasi yang tinggi justru
lebih sulit dari yang kita bayangkan.
Lebih cerewet dari yang kita tahu—
Tadi masa saya keluar rumah, saya ternampak seorang lelaki cina sedang berjalan. Lelaki cina ini saya kenal sewaktu menonton bola di mamak 20 tahun yang lalu. Saya rasa, dia adalah hero atau idola yang tak ramai orang tahu. Kenapa? kerana dari rambut dia hitam, sampai rambut dia putih dia masih pegang tangan kekasih dia. Perempuan yang sama 20 tahun yang lalu. Sedangkan sekeliling saya, ramai yang sedang dan menuju ke lembah cerai-berai. Mampus kau dikoyak-koyak sepi bak puisi Chairil Anwar. Jalan pun dah tak pegang tangan. Apalagi memandang mata ketika bercakap. Sekarang ramai orang bercinta dengan talifon masing-masing. Saya harap, saya akan jumpa sekali lagi mamat ni , dan kali ini saya janji saya akan tegur dia. Mungkin dia boleh kongsi tips.
"adda, masa akan terlalu laju meninggalkan semua hal. Tapi tidak hati kita. kita akan selalu dekat dengan cara kita masing-masing.."
10 hari di Pesta Buku Antarabangsa, ada sedikit rasa sayu memeluk hati. Rasa hiba dari saat pertama. Bagaimana khabarmu di sana Adda?
Hari ini kiki didatangi seorang pembaca lama. Khairul Anam namanya. Entah kenapa bila melihat Anam, Kiki teringat kat Adda. kalau Adda ada, Adda mesti datang kan? Mesti singgah booth kejap kan?
:(
Adda, walaupun kita berada di dimensi yang berbeza, kiki selalu ingat Adda. Baik-baik di sana ya Adda. Semoga malaikat selalu menjaga Adda.
AL-FATIHAH