- Di bengkel penulisan Tere liye, dia pesan untuk menulis sekurang-kurangnya 1 tulisan sehari. Biarpun Tere Liye bukanlah orang yang bertanggungjawab bawa saya ke dunia penulisan, bagi saya nasihat dia sangat wajar. Matang atau tidak penulisan itu, itu hal nombor dua. Hal pertama, jangan berhenti menulis.
- Penulis itu sendiri adalah pembaca. Kalimat yang diingatkan oleh Abang Zamri Mohd ketika kami berbual di reruai PBAKL masih segar dalam ingatan saya. Abang Zamri merupakan penulis yang telah menulis 30 buah buku. Dia dengan tegas mengingatkan untuk TIDAK BERHENTI TERLALU LAMA. Biasanya kalau berhenti terlalu lama, kita tidak akan bergerak.
- Orang yang sebenarnya bawa saya ke dunia penulisan adalah Fahd Pahdepie. Penulis buku “a cat in my eyes” ini telah menolak saya tanpa saya sadar hingga menjadikan saya seperti hari ini.
- kalau bukan kerana Sepupu saya Tasnim, yang bertemu Fahd dan menyatakan hasrat saya di Kota Bandung beberapa tahun lalu, mungkin bicarasamaawan telah lenyap. Untuk menjadi ombak yang kuat mencipta fenomena, ia tidak akan berhasil tanpa semangat.
- Fahd adalah orang yang sudi menulis kata penghantar untuk buku pertama saya (PATAH) dan memaklumkan pada saya bahwa dia akan ke Malaysia untuk memenuhi undangan acara di salah satu forum dan memiminta saya untuk hubunginya lewat email.
- “Kiki, jam 8.30 malam besok di Hilton hotel KL sentral, saya tunggu di lobby..sampai ketemu nanti..” email dari Fahd.
- ketika menyapanya malam itu, Fahd mengajukan soalan pembuka “jadi apa masalahnya ni kiki sampai begitu lama sekali karyamu terbit..”
- “Saya punya masalah tentang penerbitan. Saya masih mencari penerbit untuk menerbitkan buku saya, Fahd” balas saya waktu itu.
- “Kiki, ini bukan zamannya kita mencari penerbit. Penerbit yang sebenarnya harus cari kita dan kalau saya jadi kamu, saya akan terbitkan sendiri. Kalau kamu tahu, ada buku pertama saya saya cetak dan menjualnya sendiri…”
- 8 hari selepas pertemuan itu, PATAH telah terbit dengan keberanian yang saya sendiri tidak tahu ia datang dari mana. Selain Pre Order saya juga menyusun majlis pelancaran yang telah dihadiri hampir 80 orang ketika itu. Dan dengan 80 orang itu, ia telah menjadi jambatan yang menghubungkan saya dengan pembaca hingga buku kedua saya terbit. Kini, saya tidak lagi berada dalam ketakutan-ketakutan seperti dulu. Bagi saya, kita harus mulai sendiri dengan keberanian. kerana hanya itu saya yang akan menempatkan kita di posisi itu iaitu: Penulis.
Showing posts with label berbagirasa. Show all posts
Showing posts with label berbagirasa. Show all posts
Saturday, June 17, 2023
10 NASIHAT UNTUK PENULIS PEMULA
Friday, November 3, 2017
Thursday, October 12, 2017
KEPUTUSAN AKHIR
“Orang hanya melihat dengan mata. Mereka hanya mendengar dari cerita-cerita. Tapi apakah mereka cuba untuk selami hati kita?”
Akan tiba para hakim, pejuang-pejuang alam maya dan para manusia datang untuk menyatakan tentang itu dan ini tidak lama lagi. Tentang bagaimana kita harus menjaga rumah tangga seolah kita ini tidak menempuh pahit dalam ujian hidup bersama. Mereka hanya nampak pada sebuah keputusan, tapi tidak memahami kenapa kita harus buat satu keputusan. Apalagi ianya merupakan hal yang berat, jauh lebih dari yang kita inginkan. Ini adalah sesuatu yang sangat penting dalam hidup kita sendiri. Menyelesaikan apa yang belum selesai.
Semua orang berniat dalam hati untuk menikah dan bahagia. Bukan menikah untuk tidak bersama. Jadi apabila keputusan untuk memilih pergi ini dibuat, ini bukan dari keputusan yang datang dari fikiran kita sebelum bernikah. Tidak. Sebelum membuat langkah untuk pergi, ini adalah jalan terakhir yang telah kita fikirkan bertahun-tahun dengan sedalam-dalamnya.
Apakah mereka mengerti?
Tidak.
Orang hanya melihat dengan mata. Mereka hanya mendengar dari cerita-cerita. Tapi apakah mereka cuba untuk selami hati kita?
Sebuah kapal tidak mampu berlayar dengan sempurna andai hanya satu pihak saja yang berusaha menggerakkanya. Anak perlukan kasih sayang orang tua, tapi adilkah kasihnya itu diragut untuk diberikan pada orang lain?
Kalau kita berfikir bahwa kita bertahan hanya kerana anak, tentang kasih sayang yang tidak lengkap, apakah dengan berdiam diri dan membiarkan semua ini anak-anak kita mampu untuk mendapat kasih yang selengkapnya?
Kita dihujani dengan prasangka orang-orang yang hanya melihat dengan mata, mendengar dari telinga orang lain, hanya kerana satu keputusan. Tapi dalam perjalanan yang kita tempuh bertahun-tahun pernah mereka bertanya;
“apakah selama ini kita baik-baik saja?” Tidak.
Mungkin ini adalah jalan yang terbaik untuk kita mencari khilaf masing-masing. Berpisah sementara tidak berarti menolak jodoh selamanya. Mungkin ruang akan datang kembali mengetuk pintu hati kita sendiri apakah sebenar-benarnya kita ini memerlukan antara satu sama lain?
***
Tuhan sedang menguji
Kekuatan
Kesabaran
Dan ketabahan
Kuat lah.
Sahabatku yang baik,
Suatu hari nanti,
anak-anak akan mengerti,
perjuangan kita membesarkan mereka.
--BicaraSamaAwan
Monday, October 2, 2017
Kalimat BSA 2017
"Ketahuilah sejak aku berkenalan denganmu aku telah berjudi dengan hatiku sendiri.."
--Bicara Sama Awan
Thursday, June 29, 2017
Monday, June 26, 2017
Benda Mati - PART 3
Malam datang lagi. Rasa yang datang seolah kejam untuk meninggalkan dia sendirian. Malam terasa panjang. Detik ini, lelaki itu tidur bertemankan bekas baju kekasihnya yang tidak dibasuh.
Dulu lelaki itu merupakan pencemburu kepada benda-benda mati, apatah lagi benda yang bernyawa. Indahnya menjadi bantal buat kepala Zulaikha untuk ke jalan mimpi. Nyaman sekali menjadi bantal peluk bagi seorang Zulaikha.
Apa lagi ? Tuala, baju, selimut, jam tangan, malah kasut dan semua benda-benda mati tidak bernyawa. Andai diberi peluang menjadi sosok selain manusia, ingin saja dia memilih untuk menjadi 'benda mati' untuk Zulaikha.
Petang itu hujan turun dengan lebat tanpa sadar tangannya dengan sendiri memegang dada, dan merasai kepala Zulaikha. Sesekali petir berdentum membuat dia terasa berdebar-debar. Mungkin trauma yang dirasakan itu seolah kejadiaannya berlaku semalam. Kejadian di Jalan Robinson memang masih betul-betul segar di ingatannya.
Semalam lelaki itu bermimpi menemui Zulaikha. Di hening subuh, mereka duduk di bangku, di tepi pulau perhentian, tempat yang mereka wajib datang setiap 14 Jun setiap tahun. Ia merupakan hari ulang tahun Zulaikha. Ia tidak disambut dengan hadiah-hadiah mewah. Kerana bagi lelaki itu, yang letakkan untuk sebuah perhubungannya adalah kasih sayang yang dalam. Mempersembahkan jiwa raga hanya untuk seorang Zulaikha.
"Hey gila! Kenapa kau pakai plastik bodoh itu?"
Sergah salah seorang penghuni di situ. Lelaki itu cuma memandang kemudian tidak mempedulikannya. Baginya, rindunya dia pada Zulaikha telah membuatkan deria rasa pada sekeliling hampir mati. Hatinya keras, ingatannya hanya pada Zulaikha.
"Abang, kalau Ika dah tak ada lagi, abang jangan tutup pintu hati abang pada orang lain ya?"
"Ika cakap apa ni? jangan cakap benda-benda macam tu boleh tak? kalau Ika pergi, Abang akan patah hati..."
Itu adalah dialog sehari sebelum mereka jalan menyelusuri Jalan Robinson. Bagaimana untuk dia, si lelaki yang obses dengan Zulaikha harus menerimana kehilangan yang tiba-tiba ini?
Tujuh hari, tujuh malam lelaki itu memeluk pusara Zulaikha. Bumi turut bersedih. Keluarga kehilangan anak perempuan yang baik. Kesedihan lelaki itu berpanjangan hingga dipaksa oleh keluarga Zulaikha supaya tidak menangis lagi. Sehari selepas Zulaikha pergi, lelaki itu menguncikan diri dibilik untuk jangka masa yang lama.
Untuk kebaikan lelaki itu, dia akhirnya ditempatkan di pusat pemulihan jiwa walau dia sebenarnya tidak gila. Cuma hanya terlalu meratapi pemergian Zulaikha, kekasihnya yang sangat dia cintai.
Friday, June 23, 2017
Surat Ke Syurga - PART 2
Zulaikha Sharif.
Taman Syurga Indah,
00000 Langit Ketujuh,
Syurga.
NO 30, Jalan Permata Sari,
Sri Damansara Jalan 16/A,
47830 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
4 Ogos 2011.
Ke hadapan kekasihku, Zulaikha.
Sehingga hari ini aku masih lagi memakai plastik berwarna jingga yang aku sarung di kepala kau sewaktu kita melintasi garis jalan di Jalan Robinson.
Aku masih ingat lagi tentang dakapan lenganku di bahumu. kau kesejukan. Hujan itu seperti sebuah isyarat di mana harus ke mana tangan ku untuk singgah melindungi tubuhmu seperti titisan hujan rintik itu. Tidak aku izinkan ia jatuh di kepalamu. Zulaikha sayang, aku tahu kau takut petir, dentuman guruh dan gemiris-gemiris kecil. Kata kau, kau tidak suka untuk merasa sakit. Dan bagiku, sakitmu tidak udah seperti rasa yang selalu ingin membuat aku untuk terus dekat dan menjagamu.
Betapa besarnya rasa ini buatmu, Zulaikha. Tanpa pernah aku lakukan kepada siapa pun sebelum ini. Semua terjadi apabila kau hadir 7 yang tahun lalu di saat aku ranap ditinggal oleh sang pengkhianat cinta.
Dengan secebis rasa percaya dan cinta untuk akujadikanmu bidadari terindah, aku persembahkan kau layar cerita ini. Kekasih paling cantik di dunia, dan aku sangat bangga memilikimu.
Zulaikha yang baik,
Aku di sini bersama orang yang tidak aku kenal. Mereka hanya bercakap sendiri dan ketawa. Hampir semua. Aku takut Zulaikha, kenapa aku harus tinggal bersama mereka?
Aku tidak tahu kenapa aku di sini. Memakai pakaian hijau bertutup hingga ke pergelangan tangan, memakai seluar panjang, dan aku harus mengulang pakaian ini sehari-hari. Kenapa Zulaikha?
Pakaian aku dengan orang-orang di sini hampir sama. Cuma di bezakan oleh orang yang selalu menghulur makan, memberi ubat dan juga si polan yang selalu bercerita tentang motivasi penguat jiwa. Apa mereka fikir jiwa aku lemah? Apa mereka fikir aku gila, Zulaikha? Aku bosan mendengar kata bahwa hidup adalah proses mengenal hati, berbuat baik dan menerima takdir. Mereka kata penghuni-penghuni yang tinggal disini, adalah sakit! Aku tidak sakit Zulaikha. Aku cuma merindukan kau. Mereka yang sebenarnya gila!
Aku dipisahkan di ruangan bilik yang berbeza. Kau tahu, Zulaikha? Ruang yang sering aku jadikan tempat untuk menulis selain hati, adalah diruang dinding bilik ini. Aku menemui kebebasan bersuara di sini. Orang-orang di sini baik. Mereka tidak marah bila dinding ini penuh dengan tulisan. Malah, ada di antara mereka sering menghabiskan banyak waktu untuk membaca tulisan didinding biarpun itu hanya sebatas kalimat namamu ,Zulaikha.
Kekasihku sayang,
Aku terlalu rindukan kau. Saban hari kita sering bertemu di mimpi. Kita menyanyi bersama, menari dan meluangkan banyak waktu bersama. Dunia ini memang padat dipenuhi jutaan orang. Tapi dihati dan ingatanku, kau telah berumah di situ.
Tahukah kau bahwa aku adalah satu-satunya lelaki di sini yang memakai penyepit rambut kepunyaan kau, gelang kaki dan plastik berwarna jingga ini yang sering kuikat dikepalaku ini.
Aku juga lelaki yang memakai lipstik merah kesukaan kau. Aku sanggup di marahi berkali-kali kerana mencuri lipstik perawat-perawat di sini. Dan rasa ini, sering buat aku dekat bersamu kau, Zulaikha.
Zulaikha ku yang manis,
Warkah ini aku siapkan untuk beri perkhabaran awal bagaimana keadaan aku tanpa kau, Zulaikha. Walau sebenarnya terlalu banyak perkara pelik yang ingin aku sampaikan. Percayalah, aku tidak akan pernah jemu mengirimkan khabar buatmu walau kita berada di alam yang berbeza.
Aku dapat merasa aura kau sering mengawasi aku di sini. Cuma aku tidak suka berada terlalu lama di sini hanya kerana aku di paksa untuk melupakan kau. Di paksa untuk tidak memakai penyepit rambut ini, memakai lipstik merah dan plastik berwarna jingga ini lagi.
Di sini, aku tidak perlu siapa-siapa selain kerinduan. Kerana aku tahu, kau adalah bidadari yang akan selalu membahagiakan aku walau kau telah berada di syurga. perempuanku,
Tunggu aku di depan pintu. Sambut aku dengan senyum manis itu, aku rindu.
Salam cinta dari dunia,
LELAKIMU.
3:48 pagi,
4 Ogos 2011.
Wednesday, June 21, 2017
Salam rindu
Setelah beberapa tahun sibuk dengan urusan buku patah dan buku jodoh, saya akan kembali di sini. Tempat di mana semuanya bermula. Terima kasih untuk para pembaca #bicarasamaawan. Saya ada, kerana kalian ada,
Tunggu, saya akan kembali menulis di halaman ini. Halaman yang akan menjadi rumah pertama yang akan saya update setelah Instagram , Facebook
dan juga Twitter .
Salam rindu,
Kiki Grindawangsa.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Suatu hari nanti, kita akan sadar bahawa hidup adalah tentang sesingkat-singkat waktu yg kita buang dgn sengaja. Kita akan hidup di antara...
-
Adalah mudah untuk meletakkan kepercayaan, adalah tidak mudah untuk menerima segalanya— BSA—








